[GAMBAR] Bangunan 106 Tingkat Ini Bakal Rampas Takhta Ketinggian Menara KLCC Bulan Depan
Sekali gus menjadikannya bangunan tertinggi di Malaysia dan di Asia Tenggara.
Setelah hampir 20 tahun memegang takhta, Menara Bekembar Petronas bakal melepaskan gelaran bangunan tertinggi di Asia Tenggara kepada bangunan lain
Perkenalkan Exchange 106, bangunan tertinggi terbaru yang bakal menghiasi ruang pencakar langit Kuala Lumpur.
Apabila siap pada pertengahan tahun 2018 nanti, Exchange 106 yang dijangka mencatat ketinggian 492.3 meter ini akan merampas takhta Menara Berkembar Petronas pada ketinggian 452 meter sebagai bangunan tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara sekali gus.
Dan hari ini, Exchange 106 telah pun melepasi ketinggian 450 meter setelah dibina selama 19 bulan
Bangunan Exchange 106 merupakan mercu tanda ikonik Tun Razak Exchange (TRX) yang bakal dikenali sebagai pusat kewangan serta komersial bertaraf dunia untuk Kuala Lumpur.
Ia dijangka siap menjelang suku kedua 2018, manakala penyewa dan peniaga akan mula masuk pada suku ketiga tahun yang sama.
Seperti namanya, Exchange 106 terdiri daripada 106 tingkat, dilengkapi dengan mahkota kaca 12 tingkat di puncak yang akan diterangi lampu LED berkilauan
Exchange 106 yang dibina oleh Mulia Property Development Sdn Bhd, anak syarikat Mulia Group dari Indonesia mempunyai penarafan Indeks Bangunan Hijau (GBI) dan status MSC, yang menawarkan beberapa teknologi terkini dan tercanggih termasuk kaca berprestasi tinggi, sistem MEP cekap tenaga, dan pencahayaan LED 100 peratus.
Bangunan dengan reka bentuk elegan dan mewah ini juga bakal menampilkan lobi angkasa atau sky lobby di tingkat teratas dengan pemandangan 360 darjah Bandaraya Kuala Lumpur yang mempesonakan.
Kehadiran Exchange 106 akan mengukuhkan lagi kedudukan Kuala Lumpur sebagai bandaraya global yang cukup teguh bagi pelabur dan pelancong
Tun Razak Exchange (TRX) menyasarkan untuk mewujudkan kumpulan kritikal bagi memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.
Kawasan ini juga akan mengambil kesempatan ke atas kedudukan Malaysia sebagai pendahulu dalam bidang kewangan Islam global bagi mengukuhkan kedudukannya dalam dunia kewangan antarabangsa.
Lagi gambar dan lakaran Exchange 106: