seismik

[GAMBAR] Anda Pasti Rasa 'Excited' Bila Lihat 7 Stesen MRT Bawah Tanah Ini. Memang Cun!

Tak sabarnya!

Cover image via MRT Malaysia

MRT jajaran Sungai Buloh-Kajang bakal beroperasi sepenuhnya pada Isnin, 17 Julai 2017

Image via MRT Malaysia

Jajaran pertama yang dilaksanakan untuk projek MRT Lembah Klang adalah jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang dengan jarak 51 kilometer.

Terdapat 31 stesen di sepanjang jajaran ini, di mana tujuh adalah stesen bawah tanah sepanjang 9.5 kilometer.

Tahun lalu, fasa pertama dari stesen Sungai Buloh hingga stesen Semantan mula beroperasi pada 16 Disember 2016.

Image via MRT Malaysia

Setiap tren mempunyai empat gerabak dengan kapasiti penumpang sebanyak 1,200 orang. Jumlah penumpang dijangka mencecah kira-kira 400,000 orang setiap hari dan kekerapan tren dijangka setiap 3.5 minit apabila dilancarkan.

Image via MRT Malaysia

Projek MRT menerapkan dua konsep berbeza bagi pembinaan stesen iaitu Wakaf dan Rabung Kuarza

Stesen Bertingkat

Seni bina stesen-stesen bertingkat di sepanjang laluan MRT Sungai Buloh-Kajang adalah berdasarkan konsep wakaf. Wakaf merupakan sebuah struktur binaan tradisional Malaysia yang dibina sebagai tempat berhenti dan berehat untuk pengembara pada masa dahulu. Seperti wakaf tradisional, stesen-stesen bertingkat MRT adalah terbuka supaya dapat diterangi cahaya semula jadi dan mempunyai aliran udara yang baik

Stesen bertingkat Kajang.

Image via MRT Malaysia

Stesen Bawah Tanah

Konsep reka bentuk stesen bawah tanah adalah berdasarkan Rabung Kuarza Genting Klang. Ciri kuarza yang mempunyai banyak permukaan dan juga kesan pantulan cahaya yang pelbagai warna mencerminkan penduduk Malaysia yang berbilang kaum dan budaya.

Stesen bawah tanah Bukit Bintang.

Image via MRT Malaysia

Lebih menarik, setiap stesen bawah tanah mempunyai tema dan reka bentuk tersendiri yang mencerminkan lokasi dan persekitaran unik stesen.

Lihat satu per satu di bawah:

1. Stesen Muzium Negara

Tema: Peralihan.
- Mewujudkan perbezaan di antara warisan dan budaya Malaysia yang kaya dan masa depan.

Image via MRT Malaysia
Image via MRT Malaysia
Image via MRT Malaysia

2. Stesen Pasar Seni

Tema: Pertembungan.
- Sinonim dengan kedua-dua budaya tradisional dan kontemporari.

Image via MRT Malaysia
Pasar seni-38
Pasar seni-45

3. Stesen Merdeka

Tema: Kemerdekaan.
- Mempamerkan kemerdekaan Malaysia dengan rujukan sejarah yang kaya.

Image via MRT Malaysia
Image via MRT Malaysia
Image via MRT Malaysia

4. Stesen Bukit Bintang

Tema: Dinamik.
- Dikaitkan dengan kepesatan aktiviti perdagangan dan pelancongan.

Image via MRT Malaysia
Blue hour in town
Bukit Bintang-74

5. Stesen Tun Razak Exchange

Tema: Islamik Korporat.
- Hab dinamik yang menjalin hubungan linear dengan binaan plaza terbuka untuk pembangunan pejabat urban di presint terbaru ini.

Tun razak exchange -3
Tun razak exchange -16
Tun razak exchange -38

6. Stesen Cochrane

Tema: Kehidupan Urban.
- Konteks kediaman yang lebih lembut dapat disesuaikan dengan bentuk vibrant dan warna harmoni dalam reka bentuk pintu masuk dan ruang dalaman.

Cochrane-62
Cochrane-53
Image via MRT Malaysia

7. Stesen Maluri

Tema: Generasi Baru.
- Pemulihan kawasan perindustrian ringan dan perumahan lama kepada bentuk segar.

Image via MRT Malaysia
Image via MRT Malaysia
Maluri Station_047

Video ini memaparkan konsep dan visual yang lebih jelas di dalam kesemua tujuh stesen MRT bawah tanah. Teruja kami tengok!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lepas dah baca pasal MRT, baca pula tentang lebuh raya dan pengangkutan awam Malaysia DI SINI:

You may be interested in: