seismik

6 Langkah “Senang Gila” Kurangkan Demam Panas Anak Kecil Dengan Telur Rebus

Guna telur pun boleh.

Cover image via postimg.org

Zaman sekarang, kita sering terdedah dengan cuaca dan keadaan sekitar yang kurang sihat. Sekiranya antibodi tidak kuat, maka kita akan mudah dijangkiti penyakit apatah lagi buat kanak-kanak dan bayi.

Demam sangat sinonim buat kanak-kanak dan mungkin anda pernah membaca petua-petua mengubatinya. Tetapi adakah anda tahu dengan telur rebus saja anda boleh mengubati demam panas?

Image via www.merdeka.com

Cara ini dikongsikan oleh page Cahaya Mata di Facebook dan ia dikatakan sangat berkesan untuk mengubati demam panas buat kanak-kanak dan bayi. Bagaimana caranya? Mari, ikuti petua ini:

Langkah #1: Basuh telur sehingga bersih. Kemudian rebus telur itu sampai masak sepenuhnya.

Basuh telur hingga bersih.

Image via gigitankerengga.blogspot.com

Rebus telur sehingga masak

Image via ciricara.com

Langkah #2: Kupas kulit telur dan elakkan telur daripada pecah

Kupas kulit telur dengan berhati-hati.

Image via antare5.blogspot.my

Langkah #3: Ambil telur dan balutkannya dengan kain napkin atau tuala. Pastikan ia tidak begitu panas dan sesuai untuk digunakan pada anak kecil anda

Langkah #4: Golek-golekkan telur ke seluruh badan anak anda. Golekkan secara lembut.

TIPS: Sambil melakukannya, anda disarankan berbual dengan anak-anak agar mereka berasa selesa. Paling penting, letakkan telur tersebut di celah ketiak anak bersertakan niat dan bacaan surah Al-Fatihah.

Langkah #5: Apabila telur sudah suam, tanggalkan kain balutan telur tersebut dan teruskan menggolek telur sehingga sejuk. Waktu ini anda dapat lihat telur sudah mula menggerutu.

Langkah #6: Apabila sudah selesai, biarkan telur dalam 5-10 minit dan tanggalkan putih telur dengan berhati-hati

Sekiranya panas belum turun, anda boleh ulangi langkah di atas untuk kesan yang cepat. Lihatlah hasilnya di bawah, anda pasti terkejut!

Jam 11mlm : mlm tu ank sy tdo Lena Walaupun demam... X menggigil2 + merengek spt sblum2 ni.. Jam 11 Pg Esk nya : Pas Buat... Ank sy Mula Cergas..ptg tu Dia da Mula bermain Mlm nya Sy bt lg... Sy khusus kn d Bahagian kpala + blakang telinga dia.. Alhamdulillah... Slepas rawatan... Dia sembuh Dr demam... Banyak kn bg Dia minum air masak... Kerap kn Mandi...

Saranan kami, apabila sudah siap cepat-cepat buang telur tersebut. Takut nanti termakan, menangis tak berlagulah jawabnya. SELAMAT MENCUBA!

Dipetik dan diubahsuai dari: Cahaya Mata

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Anda pasti sukakan mee segera bukan? Dan selalunya ia dimakan bersama telur. Apa kata anda cuba resipi baru di bawah:

More stories to read: