seismik

Bosan Makan Mi Segera Dengan Telur? 'Upgrade'kan Resipi Menerusi 5 Idea Bernas Ini

Mi segera yang dahulu bukanlah yang sekarang.

Cover image via seriouseats.com

Makanan segera memang tidak asing lagi dalam kehidupan orang bujang mahupun orang yang malas memasak, terutamanya golongan yang sibuk bekerja.

Image via tumblr.com

Tetapi, tahukah anda, selain memasak mi segera seperti biasa, ada beberapa resipi makanan 'Western' yang anda boleh cuba?

1. Burger berotikan mi segera

Image via Serious Eats

Kebanyakan 'burger' mi segera yang wujud, ia akan menggunakan mi segera sebagai pengganti daging atau 'patty'.

Walaubagaimanapun, resipi kali ini menggunakan mi segera sebagai pengganti roti 'burger'.

Cara memasak:

Dalam resipi ini, yang penting sekali adalah untuk mengekalkan betuk mi segera yang digoreng. Salah satu cara adalah anda boleh menggunakan tin kosong sebagai acuan mi tersebut.

Image via Serious Eats

Mi segera perlu digoreng dengan minyak dan goreng sehingga rangup. Anda juga mungkin boleh mencuba pembentuk telur untuk langkah ini.

Image via Serious Eats

Apabila mi telah siap digoreng, goreng daging dengan mencampur perencah mi segera untuk dijadikan 'patty. Selepas siap digoreng, anda boleh menambah rasa dengan menabur daun bawang dan tuang sedikit kicap manis ke atas 'burger' untuk menjadikan ia ala masakan Jepun.

2. Pizza mi segera

Image via Serious Eats

Kenapa perlu makan 'pizza' biasa jika anda boleh buat 'pizza' anda sendiri di rumah?

Cara memasak resipi ini pula hanya mengambil masa 20-30 minit sahaja. Mula-mula, masukkan beberapa sudu minyak zaitun ke dalam kuali. Kemudian, masukkan mi yang sudah lembut ke dalam kuali dan ratakan. Pastikan mi itu rata dan rapat.

Image via Serious Eats

Selepas itu, taburkan keju ke atas mi tersebut. Selepas keju, baru tuangkan sos tomato ke atas mi. Jika anda tuangkan sos dahulu, sos akan menyerap ke dalam mi dan mi akan menjadi lembik. Jadi, amat penting untuk anda letakkan keju terlebih dahulu.

Kemudian, tambah lagi keju di atas sos dan anda boleh mula taburkan 'pepperoni', cili 'pepperoncini' dan keju 'Parmesan'.

Image via Serious Eats

Masukkan kuali ke dalam ketuhar untuk dibakar. Panaskan ketuhar ke 230°C dan bakar selama lebih kurang 20 minit. Apabila sudah dibakar, keluarkan pizza dengan sudip besi yang nipis. Taburkan sedikit lagi keju 'Parmesan' di atas dan potong seperti 'pizza'.

3. Snek mi segera

Image via Serious Eats

Cara membuat snek ini amat mudah. Anda hanya perlukan mi segera, 'bagel bites' (jika tidak jumpa, abaikan), keropok udang, dan campuran kacang. Gaulkan semuanya ke dalam mangkuk.

'Bagel Bites'.

Image via EWG

Kemudian, masak sedikit perencah mi segera ke dalam mentega, dicampurkan sedikit dengan sos 'Worcestershire'. Akhir sekali, tuang sos, kacau dan masukkan dalam ketuhar sehingga snek itu kelihatan kering.

Sos 'Worcestershire'.

Image via Halal Meets The World Of Cooking

4. Enchiladas mi segera

Image via Serious Eats

'Enchiladas' merupakan makanan yang berasal dari Mexico.

Cara membuatnya adalah seperti berikut:

Mulakan dengan resipi Salsa Verde iaitu campurkan 'tomatillos', cili 'serrano', and bawang besar dalam kuali dan dilitupi dengan air. Biarkan mendidih dan kemudian, perlahankan api. Apabila kesemua sayur mula lembut, kacau sedikit selama lebih kurang 10 minit.

Tapis sayuran yang dimasak dan masukkan ke dalam pengisar. Masukkan daun ketumbar, secubit garam dan jus limau. Kisar sehingga menjadi puri.

Tuang ke dalam mangkuk dan tambah garam dan jus limau jika perlu. Cairkan puri dengan merenih bersama stok ayam dan rebuskan mi ke dalam stok puri tersebut.

Image via Serious Eats

Kemudian masukkan keju 'Monterey Jack'. Campurkan 'tortilla' jagung, kemudian masukkan ke dalam kuali untuk dibakar ke dalam ketuhar. Litup dengan sos dan keju di atas. Bakar sehingga rangup.

Keju 'Monterey Jack'

Image via Pinterest

5. Ayam bersalut mi segera

Image via Serious Eats

Resipi ini sama seperti resipi untuk menggoreng 'chicken chop'.

Celup ayam ke dalam 'buttermilk' yang dicampur perencah mi segera. Kemudian, celup ayam tersebut ke dalam serbuk mi segera yang dihancurkan. Goreng sehingga rangup.

Amacam, OK? Kami pasti, hidangan mi segera anda akan rasa lebih 'WOW' selepas ini. Selamat mencuba!

Image via radiotimes.com

Anda juga mungkin meminati untuk mencuba makanan resipi chef-chef terkenal di Malaysia. Di mana? KLIK SINI:

You may be interested in: