Ini Cara Tangani & Elakkan Budaya 'Favouritism' Wujud Di Tempat Kerja. Stay Profesional!
Hentikan budaya pilih kasih.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Soal favouritism di tempat kerja bukanlah satu isu yang asing pada zaman ini
Tidak kira syarikat kecil mahupun syarikat besar, pasti timbul isu tersebut. Adalah menjadi tanggungjawab setiap majikan untuk bersikap adil dan profesional di tempat kerja. Namun begitu, masalah sikap pilih kasih masih tidak dapat dielakkan.
Sikap pilih kasih dan amalan diskriminasi bukan sahaja akan merosakkan suasana dan keharmonian di tempat kerja malah turut akan menjejaskan reputasi tempat kerja berkenaan.
Pihak majikan harus tahu menilai tahap kebolehan serta sumbangan setiap pekerja mereka.
Tak salah kalau nak 'kipas' boss...
Kipas boss ada positifnya, iaitu sebagai tanda untuk menghormati ketua kita. Selain itu, ia juga boleh meningkatkan komunikasi yang baik antara pekerja dan majikan. Bukan itu saja, persaingan yang sihat untuk menjadi pekerja yang terbaik juga berlaku.
Namun begitu, padahnya jika perbuatan 'mengipas' sahaja, tanpa melakukan sebarang pekerjaan. Itu yang dikatakan sebagai perkara negatif. Tidak berguna kalau kita 'mengipas' boss tetapi kerja di pejabat pun tak siap.
Tambahan lagi, sekiranya amalan ‘kipas boss’ ini berlaku terlalu ketara, maka akan muncul pula puak-puak yang kecil hati kerana mereka bukan pekerja kegemaran majikan.
1. Fokus perbaiki diri sendiri
Jika dahulunya kita merupakan pekerja yang malas atau lambat buat kerja, ubah sikap malas tersebut. Selain itu, kita boleh tingkatkan juga komunikasi dengan boss, bertanyakan khabar atau meminta feedback tentang kerja kita.
Bukan itu saja, kita juga perlu tanamkan dalam fikiran bahawa kita sedang berada di tempat orang. Jadi sebagai pekerja, kita harus mengikut rentak kerja pejabat itu. Seperti pepatah, ‘masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.’
Selagi apa yang dilakukan majikan tidak menyalahi undang-undang, jadi kita perlu sesuaikan diri dengan tempat kerja. Sekiranya kita rasa tidak selesa dengan tempat kerja tersebut, maka bolehlah beransur bawa diri dengan cara yang baik.
2. Perbaiki kemahiran komunikasi
Mungkin sebelum ini kita kurang bertegur atau bercakap dengan boss. Jadi boss pun susah nak faham kita atau bercakap dengan kita. Mungkin sebab itulah kita kurang dipandang boss, dan hanya rakan sekerja kita yang pandai berkomunikasi dengan boss yang akan lebih banyak dipandang boss.
Jangan salah faham perkara ini dengan mengipas atau mengampu boss, kerana ini merupakan perkara biasa di tempat kerja. Kita perlu faham di tempat kerja kita tidak bekerja seorang diri. Mungkin ada beberapa tugasan kita perlukan bantuan rakan sekerja juga.
Jadi boleh juga tingkatkan skill komunikasi dengan rakan sekerja, agar sikap kita itu sampai kepada pengetahuan boss. Selepas lakukan semua itu, minta maklum balas daripada boss tentang prestasi kerja kita.
3. Bincang masalah dan penyelesaian dengan majikan
Sekiranya anda berpendapat bahawa majikan masih mengamalkan amalan pilih kasih sehingga termakan racun mengenai cerita yang bukan-bukan tentang diri anda, terus berjumpa dengan boss dan tanya tentang hal tersebut.
Mulakan perbualan dengan cara berhemah, dan seterusnya jelaskan hal yang sebenar. Sebagai majikan, mereka juga perlu mendengar cerita daripada kedua-dua pihak dan berlaku adil.
Semoga tips dan informasi yang dikongsikan ini dapat dipraktikkan oleh kita bersama. Anda boleh dengar kisah yang berkaitan topik hari ini di sini untuk dengar lebih lanjut.
Penulis: Hamka
Kool FM memberi anda segala berita terkini, isu-isu semasa yang trending dan juga berita hiburan yang terbaru.
Dengarkan topik menarik di Kool FM dengan hanya klik di SINI!