seismik

“Nanti Kita Bergambar Ya Ayah” - Mengalir Air Mata Baca Kisah Kasih Sayang Ayah & Anak Ini

Hargailah ayah kita.

Cover image via Twitter @Nurizyan98

Ibu dianggap tokoh paling dominan dalam perjalanan kehidupan anak-anak. Walau bagaimanapun kita tidak boleh melupakan peranan bapa yang turut mempunyai peranannnya tersendiri dalam kebesaran anak-anak.

Image via A King's Castle

Dalam Al-Quran terdapat banyak dalil yang menjelaskan bahawa kita sewajarnya menghormati kedua ibu bapa. Surah al-Nisa’ ayat 4:36, Allah SWT berfirman: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa."

Image via UG99

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa kita perlu menghargai kedua ibu bapa kita dan sentiasa berbuat baik kepada mereka selagi mereka masih ada.

Pengorbanan seorang bapa perlu diingati walaupun beliau tidak selalu dengan kita, tetapi beliau juga banyak bekorban dari segi mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak.

Demi anaknya, seorang bapa sanggup berhujan berpanas, dan mengerah sepenuh tenaga demi mencari sesuap nasi. 

Seorang pengguna Twitter @Nurizyan98 telah mengongsikan kisah menyentuh hati antara dia dengan ayahnya

Kisah yang diceritakan dalam bentuk bebenang atau thread itu telah mendapat perkongsian sebanyak 17 ribu oleh pengguna Twitter.

Baca perkongsian kisah tersebut di bawah:

Ayah cakap kalau aku ada melawan cakap dia, mesti dia tengok surat yang aku tulis tu

Lagipun dalam adik-beradik aku seorang panggil dia Ayah, orang lain Abah

Lepas tu bila aku kena marah dengan ibu, ayah mesti pujuk aku

Tahun ni birthday ayah, aku belikan ayah baju kerja

Masa kecik dulu kalau ayah pergi kerja then aku tidur masa tu, bila aku bangun tidur tengok ayah takde aku nangis

Aku masa kecik banyak gambar dengan ayah. Bila dah besar ni aku rasa takde gambar dengan ayah

Kisah yang dikongsikan itu telah menyentuh hati ramai pengguna Twitter

Ayan yang turut terharu dengan response pengguna Twitter lain telah menyatakan rasa hibanya

Oleh yang demikian, kepada sesiapa yang masih mempunyai bapa, hargailah dan sayangilah mereka.

Bapa ibarat tunjang kehidupan yang mampu membimbing kita ke arah menjadi insan yang berguna.

Image via Wiffle Gif

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: