Chatime Malaysia Akhirnya Telah Mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Jakim
Jangan ragu-ragu lagi ya!
Bercakap tentang Chatime, pasti anda semua tahu tentang air best-seller mereka iaitu Bubble Milk Tea. Kalau pergi Chatime, tak sah kalau tak order!
Selepas beberapa tahun Chatime beroperasi di Malaysia, jenama ini akhirnya berjaya mendapatkan Sijil Pengesahan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh The Star Online, kenyataan yang dibuat oleh Aliza Ali selaku Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia mengatakan bahawa penganugerahan sijil halal yang diterima ini sekaligus dapat meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk yang dikeluarkan oleh jenama ini.
Langkah yang dibuat ini bertepatan dengan strategi Chatime Malaysia yang dikatakan mempunyai perancangan untuk ke peringkat antarabangsa khususnya Asia Barat
Selain itu, ketika membincangkan tentang persaingan, Chatime Malaysia juga turut mengatakan bahawa pengiktirafan ini secara tidak langsung akan dapat membezakan diantara pelanggan Chatime sendiri dan satu lagi jenama air yang dikatakan hampir sama iaitu Tealive.
Namun, apa yang kita tidak tahu adalah bahan yang digunakan dalam produk jenama Chatime adalah berbeza dengan persaingnya, Tealive.
Widayu Latiff selaku pengarah eksekutif Chatime Malaysia juga mengatakan bahawa dengan adanya pensijilan halal ini, ianya akan memberikan kesan yang positif terhadap jenama ini
Tambahan lagi, Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim iaitu Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee juga berkata bahawa dedikasi dan komitmen Chatime adalah sangat baik.
Beliau juga berkata, "Penting untuk memberi jaminan kepada orang ramai, terutamanya apabila berada di dalam industri makanan dan minuman, sebab itu Jakim sangat menghargai usaha Chatime Malaysia untuk memenuhi kriteria tersebut bukan sahaja keperluan dan keinginan pelanggan."
Terbaiklah Chatime Malaysia! Jom serbu outlet Chatime yang berdekatan untuk dapatkan minuman kegemaran anda!