seismik

"Aku Buat Kerja Aku Saja. Malas Dah Nak Ambil Tahu Dan Didik Lebih-Lebih. Aku Serik."

Zaman makin mencabar. Tak tahu silapnya dari mana.

Cover image via SAYS

Seringkali kita dengar keluhan para guru tentang bebanan tanggungjawab yang terpaksa mereka galas serta kerenah anak didik yang kadangkala melampaui batasan

Perkongsian daripada seorang guru Mohd Fadli Salleh ini mungkin dapat membuka mata kita semua tentang masalah sebenar yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah sekarang.

Dari mana mereka belajar tentang semua perkara yang tidak langsung diajar di dalam kelas serta perkara yang tak tercapai dek akal selalu menjadi tanda tanya.

Salah siapa? Ibu bapa? Guru? Atau teknologi?

Baca perkongsian penuh beliau di bawah:

Kami para guru di sekolah seluruh negara tidak pernah membuat tayangan cerita 'blue' kat murid-murid. Apatah lagi kat murid sekolah rendah.

Jadi dari mana mereka belajar tentang hal ini? Sehingga melukis gambar lucah cikgu sendiri dan berkongsi pula dengan rakan-rakan.

Amat menyedihkan akhlak anak-anak sekarang, berani mengugut untuk merogol guru mereka sendiri.

Ugutan ROGOL tuan puan. Bukan ugutan mencalarkan kereta atau sekadar melawan dengan kata-kata.

Lebih menyedihkan, ugutan ini keluar dari murid sekolah rendah. Yang usianya belum pun mencapai 13 tahun lagi. Apa hal ini kita masih boleh menutup mata?

Semalam saya berkongsi gambar pelajar lelaki yang mengacungkan jari tengah (simbol f**k) kepada guru mereka. Hari ini guru tersebut bercerita,

"Murid-murid ini tidur di atas meja kat belakang kelas. Maka aku tutup kipas nak bagi mereka sedar."

Murid itu dengan berang berkata,

"Pantat mana yang tutup kipas ni?!"

Hati guru mana yang mampu bersabar kalau dipanggil 'pantat'? Satu gelaran lucah yang amat biadab terhadap seorang guru.

Sangat kurang ajar!

Maka guru itu bertindak balas. Dia ambil gulungan kain dan pukul murid itu. Gulungan kain tuan puan, bukan pukul pakai kayu baseball. Tiada luka, tiada lebam.

Namun murid itu mengadu, guru itu memukulnya dengan besi. Sehingga guru itu dipanggil pentadbir dan dikenakan tindakan.

Alangkah peliknya dunia pendidikan zaman sekarang. Murid biadab, guru cuba mendidik. Namun guru pula yang kena tindakan.

Apa itu tidak pelik?

Dan begitulah selalunya.

Apa jua tindakan guru, anak-anak pulang melapor kepada ibu bapa dengan kisah yang diputar belit. Ibu bapa datang menyerang, datang membuat aduan, malah ada yang memfailkan saman.

Maka akhirnya, guru juga yang bersalah. Guru juga yang dikenakan tindakan.

Dan sahabat saya itu, kini hatinya sudah tawar. Tawar sudah hendak menegur dan mendidik.

"Aku buat kerja aku saja. Malas dah nak ambil tahu dan didik lebih-lebih. Aku serik."

Bilamana sang guru mulai tawar hati dan tidak lagi mempedulikan anak-anak kita, maka tunggulah saat kehancuran. Percayalah!

Sekiranya diperhatikan, banyak sudah kes-kes seperti ini yang berlaku di sekolah

Pelajar sekarang bukan sahaja berani menggunakan kata-kata kesat, malah berani membuat ugutan serta ajakan seks kepada guru mereka.

Seorang guru kaunseling yang menjalani latihan praktikal di sebuah sekolah pernah menerima ajakan seks di Whatsapp daripada bekas pelajarnya. Baca lanjut di SINI.

Jadi apakah langkah terbaik yang boleh kita lakukan untuk membendung masalah ini?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Cikgu sekarang sudah hilang nikmat mengajar?

Ingat lagi kes surat cinta untuk cikgu? Ada sesuatu yang perlu kita risaukan.

You may be interested in: