seismik

Coklat Dan Mainan 'Rokok' Untuk Kanak-Kanak Dijual Secara Berleluasa

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan memantau penjualan produk mainan dan makanan menyerupai bungkusan rokok.

Cover image via bernama.com

Penjualan Produk Mainan Dan Makanan Yang Menyerupai Rokok Didapati Dijual Secara Terbuka Di Pasaran Tanpa Dipantau Oleh Pihak Berkuasa

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris (kiri).

Image via imgur.com

Kementerian Kesihatan digesa memantau penjualan produk mainan dan makanan menyerupai bungkusan rokok yang menyasarkan kanak-kanak sebagai pengguna di bandar ini.

informasi.my

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris, berkata produk seperti coklat, gula-gula pelbagai perisa dan mainan air itu dipercayai diimport serta dijual antara RM3 hingga RM6 di kedai barangan permainan serta kedai hadiah, termasuk di pusat beli-belah.

therakyatpost.com

Terdapat Kertas Berwarna Putih Dan Kuning Disediakan Di Dalam Kotak Untuk Digulung Menjadi Seperti Rokok

Lambakan produk kanak-kanak menyerupai rokok dijual di merata-rata tempat di pasaran.

Image via utusan.com.my

"Terdapat juga helaian kertas nota berwarna putih dan kuning diletakkan dalam kotak seakan-akan sama dengan jenama rokok terkenal, lengkap dengan arahan cara menggulung kertas itu menjadi seperti rokok,” kata Mohamed Idris.

kosmo.com.my

Beliau berkata label yang terdapat pada rokok seperti kandungan tar serta nikotin rendah dan tembakau membahayakan kesihatan turut tertera pada bungkusan mainan itu, dilihat seolah-olah bagi membiasakan rokok kepada kanak-kanak.

bernama.com

Produk Seperti Ini Dilihat Seakan-Akan Menggalakkan Kanak-Kanak Yang Masih Di Bangku Persekolahan Untuk Terjebak Dengan Budaya Merokok

“Tabiat merokok di Malaysia sudah mencecah tahap membimbangkan, statistik menunjukkan 50 hingga 70 kanak-kanak dari kumpulan usia 12 sehingga 18 mula merokok setiap hari."

sinarharian.com.my

“Jika tindakan tegas tidak diambil kepada peniaga yang memperkenalkan produk berkenaan, maka semua langkah untuk memerangi gejala merokok akan menjadi sia-sia,” katanya lagi.

sinarharian.com.my

Perkara-Perkara Penting Mengenai Rokok Yang Anda Perlu Tahu Di SAYS:

You may be interested in: