“Crisis Management Sendiri Pun Teruk” - Lelaki Ini Dikecam Selepas Hina Profesion Wartawan
Damage has been done.
“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya” - Peribahasa ini sangat terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu.
Maksud peribahasa ini ialah kita perlulah menjaga tutur kata supaya tidak mendatangkan masalah pada masa akan datang.
Oleh itu, kita sebagai orang Melayu sentiasa diingatkan supaya tidak mengumpat atau memperkata tentang keburukan seseorang kerana keadaan ini secara tidak langsung akan mengaibkan mereka dan akhirnya berlaku pemusuhan sehingga boleh memutuskan ikatan silaturrahim sesama manusia.
Sama seperti isu yang berlaku baru-baru ini, seorang lelaki dipercayai berjawatan tinggi dalam sebuah syarikat korporat besar di Malaysia telah membuat ciapan di Twitter miliknya dengan mengatakan "Wartawan sampah dan akhbar macam ini wajar diajar".
Ciapan tersebut telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen terutamanya kepada golongan pengamal media apabila dia didakwa 'menghina' profesion wartawan itu sendiri.
Berikut di bawah adalah ciapan di Twitter yang dimuat naik lelaki itu:
Ciapan tersebut telah menjadi tular di media sosial dan terima pelbagai reaksi serta komen dalam kalangan pengamal media
Rata-rata mereka memuat naik status masing-masing di Facebook dan menyatakan bahawa ciapan atau komen seperti itu tidak sepatutnya datang daripada seorang berjawatan tinggi.
Malah, ada di antara mereka juga mendakwa apabila lelaki itu mahukan publisiti daripada pihak media, dia akan tetap mencari mereka. Oleh itu, ciapan sedikit sebanyak 'mengguris hati' golongan pengamal media di Malaysia.
Berikut antara komen dan status yang dimuat naik oleh netizen di media sosial:
Dalam pada itu, tinjauan di Twitter milik lelaki itu mendapati ciapan berkenaan sudah tidak boleh dilihat kerana telah di'private' olehnya
Walau bagaimanapun, pagi ini tular di media sosial juga, lelaki tersebut sudah pun meminta maaf kepada semua golongan pengamal media di Malaysia berkenaan isu itu.
"Kepada rakan-rakan editor dan wartawan yang tersinggung dengan tweet yang dibuat, saya dengan rendah diri memohon maaf dan kesal perkara yang berlaku.
"Ianya berlaku di atas kelemahan saya sendiri," katanya.