"Sah Atau Tidak?" - Ini Penjelasan Sebenar Mufti Mengenai Isu Cucuk Vaksin Ketika Berpuasa
Suntikan vaksin Covid-19 tidak batalkan puasa.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Mungkin ada yang risau jika giliran suntikan jatuh ketika Ramadan, namun ingin diingatkan semua suntikan berkenaan tidak membatalkan puasa
Menerusi sumber, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, mana-mana suntikan tidak membatalkan puasa kerana ianya bukan membabitkan rongga terbuka.
Jelas beliau lagi, suntikan vaksin Covid-19 juga tidak membatalkan puasa individu yang mendapatkannya pada bulan Ramadan ini.
Malah, katanya, ujian calitan dalam hidung atau mulut juga tidak membatalkan puasa seseorang.
Jika sampai ke halkum barulah puasa itu dikira terbatal.
Dalam pada itu, Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz Al-Asheikh juga turut menjelaskan perkara yang sama mengenai isu itu
Menurut laporan Arab News, beliau memberitahu menerima suntikan vaksin Covid-19 ketika berpuasa tidak akan membatalkan ibadah itu.
"Vaksin Covid-19 tidak membatalkan puasa kerana ia bukan dianggap sebagai makanan dan minuman.
"Vaksin itu diberikan secara intramuskular, justeru ia tidak membatalkan puasa," katanya.