seismik

Selawat Nabi & Jenis Selawat Lain Yang Anda Boleh Amalkan Dalam Kehidupan Seharian

Semoga bermanfaat dan selamat beramal.

Cover image via

Setiap kali Rabiul Awal menjelma, pasti kita mendengar peringatan untuk memperbanyakkan selawat dan salam ke atas rasul junjungan kita Nabi Muhammad SAW

Tetapi banyak juga variasi selawat dan salam yang telah diajarkan kepada kita. Yang mana satu patut kita amalkan?

Selain itu, selawat ke atas Nabi adalah selawat ke atas Rasulullah SAW yang merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh Islam.

Menurut sumber, selawat terbahagi kepada dua, iaitu selawat ma’thur yang berdasarkan hadis dan ghaira ma’thur yang biasanya disusun oleh sahabat Nabi Muhammad SAW, tabiin, ulama dan aulia.

Image via Aku Islam

Berikut di bawah adalah antara selawat yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian:

1. Selawat Ibrahimiyah

Ini merupakan selawat yang dibaca semasa tahiyat akhir setiap solat, dan selawat Ibrahimiyah adalah selawat yang paling afdal.

2. Selawat Tafrijiyah atau Nariyah

Selawat ini dibaca apabila seseorang mempunyai hajat, tak kiralah kecil ataupun besar.

Setiap permintaan dalam selawat itu mempunyai asas daripada sunnah dan sirah Nabi SAW.

3. Selawat Munjiyat

Antara selawat yang biasa diamalkan khususnya di alam Melayu kerana ia sering dibacakan dalam doa majlis tahlil dan bacaan surah Yasin.

4. Selawat Syifa'

Seperti namanya, selawat ini sering dibaca untuk memohon kesihatan dan kesembuhan daripada penyakit kepada Allah SWT.

5. Selawat Imam As-Syafie

Antara selawat yang popular kerana dibacakan dalam majlis tahlil. Menariknya, teks selawat ini mengungkapkan semoga Allah SWT menganugerahkan selawat dan salam kepada Rasulullah SAW sebanyak bilangan segala yang Dia ketahui dan tinta yang mencatat kalimah-Nya selama masih ada orang yang mengingati atau terlupa kepada Tuhan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: