seismik

Cucu 19 Tahun Bunuh Nenek, Penggal Kepala Letak Depan Pintu, Kerat Badan Letak Bawah Sinki

Kaki dan tangan turut dikerat.

Cover image via freemalaysiatoday.com

Seorang cucu yang dipercayai sakit mental bertindak membunuh neneknya sendiri dengan cara yang sangat brutal dan ganas

Kejadian ini berlaku di Felda Penggeli Timur di Kulai, Kota Tinggi petang semalam kira-kira jam 6.30pm.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata mangsa, Maimon Abdul Samad, 76, bukan sahaja dipenggal malah tangan dan kedua-dua kakinya turut dikerat.

Suspek lelaki atau cucu kepada Maimon hanya berusia 19 tahun.

Kepala mangsa yang dipenggal itu diletakkan di hadapan pintu masuk rumah, manakala tubuh mangsa dijumpai di bawah sinki

"Kedua-dua kaki mangsa dikerat di bahagian paha tetapi tidak putus, manakala kedua-dua tangan dipotong dan hanya tangan kiri yang kelihatan di sisi mangsa," kata Rahmat Othman dalam kenyataan malam tadi.

Rahmat berkata hasil siasatan mendapati suspek menggunakan sebilah pisau berukuran antara empat hingga tujuh inci panjang, yang ditemui di dalam pasu bunga di luar rumah mangsa.

Selepas kejadian, suspek cuba melarikan diri memasuki kawasan ladang sawit berhampiran, bagaimanapun berjaya ditangkap polis dengan bantuan penduduk kampung pada 8.30 malam

Suspek yang cuba melarikan diri berjaya diberkas.

Image via Astro Awani

"Suspek dipercayai mengalami gangguan mental akibat tidak makan ubat sejak beberapa bulan lepas," katanya.

Rahmat berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sedih, makin lama makin menular pula kes-kes macam ni:

You may be interested in: