seismik

Kejam! Kaki Nenek Tua Putus Ditetak Remaja 'Mat Gian' Hanya Kerana Enggan Beri Wang

Kejamnya manusia.

Cover image via Nad Mokhtar/Facebook

Kejam dan tak berhati perut, itulah yang berlaku kepada seorang wanita warga emas apabila pergelangan kaki kirinya putus akibat ditetak remaja lelaki yang cuba menceroboh rumahnya di Kampung Tanjung Rendang, Pasir Mas, Kelantan

Image via SAYS

Mangsa, Mek Som Mat Diah, 89, dikatakan sedang berehat di ruang tamu rumahnya bersama seorang anak perempuan berusia 50-an sebelum kejadian yang berlaku kira-kira jam 6 petang itu.

Mek Som turut cedera di bahagian muka selepas ditumbuk remaja berusia 19 tahun berkenaan yang juga merupakan jiran sekampung dan seorang penagih dadah.

Difahamkan suspek menceroboh rumahnya dan meminta wang. Bagaimanapun, suspek mula bertindak agresif apabila mangsa dan anaknya enggan memberikan wang diminta.

Anak perempuan Mek Som berjaya melarikan diri ketika kejadian, namun Mek Som ditumbuk di muka dan kakinya ditetak dengan senjata dipercayai jenis pisau.

hmetro.com.my

Menurut jiran mangsa, Azlan Harun, 40, ketika kejadian, dia sedang memarut kelapa sebelum didatangi kakaknya Nor Azita, 46, yang terdengar bunyi tangi­san kuat dari arah rumah warga emas tersebut.

Dia kemudiannya te­rus bergegas ke rumah tersebut untuk melihat keadaan mangsa.

“Sebaik sahaja sampai, saya lihat suspek sedang memotong kaki Mek Som dengan menggunakan senjata tajam dipercayai pisau. Remaja ini tinggal dekat dengan rumah kami.

“Apabila melihat kejadian itu saya terus menjerit meminta tolong orang kampung dan sebaik sahaja kami sampai di rumah Mek Som kaki kirinya telah putus,” katanya.

utusan.com.my

Azlan memberitahu, suspek berjaya ditangkap setelah dikepung olehnya bersama penduduk kampung yang lain dan mangsa telah dihantar ke hospital oleh penduduk kampung untuk mendapatkan rawatan selanjutnya

Suspek berjaya ditangkap penduduk kampung.

Image via Jebat Derhaka/Facebook

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Ibrahim Saad ketika dihubungi berkata, mangsa dihantar ke Hospital Pasir Mas sebelum dirujuk di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Difahamkan mangsa kini berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sebelum ini:

You may be interested in: