seismik

[VIDEO] "Kami Hanya Bergurau" - Nenek Dipukul Dengan Lima Orang Minta Hentikan Spekulasi

Tak macam bergurau pun.

Cover image via SAYS

Sejak dua hari lepas, sebuah video menunjukkan seorang wanita warga emas berbangsa India dipukul beberapa kali dan dimarahi menjadi viral di laman sosial

Penderaan yang kejam terhadap warga emasMohon Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) siasat dan ambil tindakan sewajarnya

Posted by Friends of BN - Barisan Nasional on Sunday, January 3, 2016

Video berdurasi 47 saat itu menunjukkan nenek tersebut seperti dibuli oleh beberapa individu yang dipercayai turut tinggal di rumah berkenaan.

Ruangan komen dibanjiri dengan pelbagai reaksi dari orang ramai. Masing-masing meluahkan rasa simpati terhadap nenek tersebut serta memarahi tindakan tidak berperikemanusiaan individu yang terlibat.

Dua hari kemudian, nenek itu muncul sekali lagi dalam sebuah lagi video. Tetapi kali ini, dia memohon agar pihak berkuasa tidak mengenakan apa-apa tindakan kerana menurutnya, mereka sebenarnya hanya "bergurau" sahaja.

Kes penderaan seorang warga tua yang menjadi viral semalam sudah diambil tindakan oleh pihak polis. Hasil siasatan polis mangsa didapati tidak mendapat kecederaan serius, beliau tidak mahu memanjangkan kes dan diberi tahu mereka hanya bergurau sahaja.

Posted by Friends of BN - Barisan Nasional on Monday, January 4, 2016

Vanakam, Nama saya Anjalai. Seseorang dengan niat jahat telah membuat laporan polis mengenai video ini. Saya sebenarnya hanya bermain dengan cucu saya, tiada apa pun yang benar. Tolong padam video ini. Saya hanya bermain, tolong padamkannya. Saya tinggal di rumah seorang kenalan dan mereka telah menjaga saya selama ini. Bukan anak-anak saya yang menjaga saya. Oleh itu, saya tidak mahu terlibat dalam apa-apa masalah disebabkan isu ini. Tolong padam video ini.

Walau bagaimanapun, polis tetap meneruskan siasatan dengan menahan lima individu iaitu empat wanita dan seorang lelaki di lokasi rakaman di Flat Sri Pulau Pinang, Taman Tenaga, Cheras

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, kejadian berlaku antara mangsa dengan rakan-rakannya selepas semua mereka dipercayai mabuk.

Menurut beliau, cucu mangsa yang berusia 25 tahun dan tinggal berasingan terlihat video itu setelah menjadi viral kemudian membuat laporan polis.

“Bagaimanapun, mangsa yang tidak mengalami kecederaan dan tidak mahu meneruskan kes ke­rana berasa selesa tinggal bersama suspek sejak tiga bulan lalu. Semua suspek yang ditahan telah dibawa ke Balai Polis Salak Selatan untuk diambil keterangan,” katanya.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya.

utusan.com.my

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Dalam berita lain, adakah Encik Zulkifli terselamat?

You may be interested in: