seismik

Lelaki Ini Bakal Ke Tali Gantung Hanya Kerana Pertahankan Diri & Keluarga. Biar Betul?

Walaupun tak sengaja, tapi dia tetap ditahan.

Cover image via Selamatkan Zulkifli/Facebook

Seorang lelaki bernama Zulkifli dikatakan tertikam seorang perompak sehingga mati ketika dia cuba mempertahankan diri dan keluarganya daripada ancaman perompak terbabit

Ceritanya begini. Ketika hari kejadian, isteri Zulkifli melihat ada dua orang lelaki menaiki sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan. Zulkifli mengikuti dengan berhati-hati dan ternyata motosikal itu berhenti di rumahnya. Pembonceng motosikal turun dan mula mengumpil generator manakala seorang lagi berjaga-jaga di atas motosikal.

Ketika mereka melihat Zulkifli sampai, lelaki pertama yang berada di atas motosikal meluru pada Zulkifli dengan membawa satu objek dipercayai besi untuk memukulnya. Beliau tanpa berlengah terus mengeluarkan parang kecil yang digunakan untuk memotong ayam dan berjaya menikam lelaki pertama. Lelaki kedua pula berlari ke arahnya dan sekali lagi Zulkifli berjaya menikam di bawah bahu lelaki tersebut.

Lelaki pertama kemudiannya cuba melarikan diri dengan motosikal. Lelaki kedua juga berlari menyeberang jalan dengan harapan sempat menaiki motosikal tersebut namun rebah dan mati di tempat kejadian. Zulkifli kemudian terus serahkan diri ke Balai Polis Kerteh. Lelaki pertama ditahan pihak polis ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

themalaysianinsider.com

Tindakan Zulkifli itu boleh dianggap seperti hero yang menyelamatkan keadaan.

Tetapi apa yang berlaku? Zulkifli direman 14 hari bawah siasatan seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kemudian ditukar kepada 304 kerana membunuh tanpa niat.

Image via tumblr.com

Sejumlah RM15,000 telah dibayar semata-mata bagi mengikat jamin Zulkifli.

Tetapi yang hairannya, mahkamah telah memutuskan Zulkifli ditahan semula dengan dua pertuduhan.

TOLONG JANGAN NANGISAhad lalu sepatutnya menjadi tarikh sebutan kes di mahkamah.Apa yang berlaku tiba-tiba kes disebut bawah 2 pertuduhan iaitu 302 dan 325.302 menyebabkan perlu tahan semula (tiada ikat jamin dibenarkan)Maka terkejutlah sekalian keluarga. Sebelum ini 15 ribu telah dibayar ikat jamin waktu kes bertukar dari 302 pada 304. Kini kembali pula pada 302.Video ringkas ini saat Zulkifli dibawa keluar dari mahkamah sebelum dibawa ke penjara Marang.Tolong jangan nangis.

Posted by Selamatkan Zulkifli on Tuesday, December 29, 2015

Ahli keluarga nyata terkejut apabila kes Zulkifli telah kembali disebut di bawah 302 dan juga 326 di mana dibawah 302 membolehkan pesalah ditahan semula tanpa ikat jamin sedangkan RM15,000 telah pun dibayar sebelum ini selepas kes bertukar ke 304.

Dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati, manakala tuduhan kedua pula di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan.

Kali ini, Zulkifli tidak dibenarkan untuk diikat jamin.

facebook.com

Lebih menyayat hati, keluarga Zulkifli hidup dalam serba kekurangan dan anak keduanya yang berumur 8 tahun didiagnos menghidap autisme

Zulkifli berumur 50 tahun, manakala anak-anaknya berumur 9 tahun ke bawah. Anak kedua Zulkifli yang berumur 8 tahun didiagnos menghidap autisme. Sehingga kini pertuturannya tidak jelas dan keluarga ini tidak mampu mendapatkan rawatan berkala buat anak ini kerana hospital yang menyediakan rawatan fisioterapi autisme terletak 120 kilometer dari rumah mereka.

Berkenaan rumah mereka sendiri amat menyedihkan, anda hanya memerlukan 10 langkah sahaja dari pintu depan untuk anda sampai ke pintu belakang. Namun sempit dan miskin tidak halang keluarga ini menikmati kehidupan bahagia dan patuh beragama.

themalaysianinsider.com

Mendengarkan kisah ini, ramai orang bersimpati terhadap nasib Zulkifli dan pada masa yang sama marah dengan sistem undang-undang negara yang dianggap tidak masuk akal

Seorang Ayah yang mempertahankan keluarganya dari perompak sehingga tertikam perompak, telah direman, dikenakan ikat...

Posted by Sukan Star ( Laman Berita Sukan Yang Di Ulas Dengan Kaki ) on Tuesday, December 29, 2015

"Hanya satu tikaman, di kawasan perkarangan rumah, yang tikaman itu sendiri tidak disangka akan mengakibatkan kematian demi mempertahankan diri, keluarga, dan harta benda, maka Zulkifli pula bakal dilihat sebagai penjenayah berdasarkan tafsiran undang-undang kini?" soal laman Facebook Selamatkan Zulkifli.

Apa pendapat anda? Adakah tindakan Zulkifli yang tidak sengaja mengakibatkan kematian perompak itu layak diberi hukuman gantung sampai mati?

Satu laman Facebook khas Selamatkan Zulkifli telah ditubuhkan bagi menegakkan keadilan terhadap Zulkifli dan keluarga. Menariknya, baru saja sehari ditubuhkan, laman ini telah mengumpul lebih daripada 35,000 likes. Kes Zulkifli ini ternyata mendapat liputan yang begitu memberangsangkan.

Selain itu, satu petition dengan judul 'Selamatkan Dan Bebaskan Zulkifli. Salahkah Pertahankan Diri Sendiri?' juga dicipta agar orang ramai boleh membantu membebaskan Zulkifli daripada undang-undang reman.

#‎SelamatkanZulkifli‬
‪#‎ZulkifliHeroKeluarga‬

Sebelum mengakhiri artikel, diminta anda semua untuk baca penerangan serta pendapat dari saudara Zaharudin Muhammad mengenai isu ini

PANDANGAN AWAL TENTANG KES ZULKIFLI: TERTUDUH KES MEMBUNUH ORANG YANG DIDAKWA MEROMPA RUMAHNYAOleh: Zaharudin Muhammad....

Posted by Zaharudin Muhammad on Tuesday, December 29, 2015

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kalau dua kes di bawah ni layak tak ke tali gantung?

More stories to read: