[VIDEO] Wanita Cuba Membunuh Diri Dengan Meletupkan Kenderaannya Di Bangsar South
Wanita ini dipercayai ingin membunuh diri pada masa yang sama meletupkan Wisma Averis di Bangsar South.
Baru sahaja berlaku petang tadi di Wisma Averis di Bangsar South, seorang wanita didakwa dalam cubaan membunuh diri dan meletupkan bangunan tersebut menggunakan kereta Perodua Viva
Pada mulanya, terlihat dua individu datang ke kereta tersebut, barangkali untuk memeriksa sama ada pemandu di dalam tercedera atau tidak
Beberapa saat kemudian, kedengaran jeritan marah "F**k lah weh!" lalu pemandu itu menghempaskan pintu dan kekal di dalam kereta
Tidak pasti apa yang mereka bincangkan, tetapi nampaknya perbalahan berterusan dan pemandu itu masih berdegil untuk keluar dari kereta...
...sehingga memaksa seorang lagi individu untuk menghidupkan pemadam api kerana kereta tersebut dipercayai mempunyai bahan letupan.
Menurut sumber dari netizen, wanita itu benar-benar ingin membunuh diri dan meletupkan bangunan tersebut pada masa yang sama. Motif perbuatannya masih tidak diketahui.
The Rakyat Post melaporkan wanita terbabit pernah bekerja di wisma tersebut tetapi diberhentikan kerja. Adakah kelakuan ini berunsur dendam?
Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, 50% daripada tubuh mangsa mengalami kebakaran. Mengsa kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan.
therakyatpost.com