Gadis 'Lesbian' Tikam Leher Bapa Dua Kali Sebab Tak Restu Cinta Songsang
Macam-macam hal.
Tahukah anda Malaysia merupakan negara ke-3 paling aktif dengan golongan LGBT di Asia? Dan statistik ini dikeluarkan pada tahun 2011!
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertindak agresif membendung gejala homoseksual atau gay di kalangan lelaki Melayu termasuk golongan eksekutif diyakini berjumlah puluhan ribu orang.
Malah, pegawai Jakim turun padang mengadakan pertemuan tertutup dengan beberapa persatuan gay selain melakukan tugas dakwah di pusat hiburan yang menjadi sarang kumpulan seks songsang ini.
Memandangkan isu ini semakin serius, maka timbul juga pelbagai kes jenayah yang berlaku. Terbaru, seorang gadis yang mengamalkan cinta songsang sanggup menikam bapanya sendiri hanya kerana tidak mendapat restu.
Seorang lelaki berusia 45 tahun nyaris maut akibat ditikam di bahagian leher oleh anak perempuannya di rumah mereka di Taman Desa Bakti, Jinjang pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, mangsa ditikam sebanyak dua kali menggunakan pisau pemotong sayur oleh anak gadisnya yang marah hubungannya dengan seorang gadis lain tidak direstui.
Difahamkan, gadis terbabit baru saja berusia 18 tahun dan masih bersekolah. Beliau telahpun ditahan pihak polis.
Katanya polis telah menahan suspek berusia 18 tahun terbabit yang masih bersekolah susulan kejadian berkenaan dan dibawa ke Balai Polis Sentul untuk tindakan lanjut.
"Polis menerima panggilan pada kira-kira pukul 10.49 pagi berhubung kejadian itu dan mangsa telah dibawa keluarganya ke Hospital Selayang untuk dirawat," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah.
Kejadian ini boleh dianggap melampau dan tidak sepatutnya berlaku. Netizen di laman sosial sangat mengutuk perbuatan gadis berkenaan.
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!