seismik

“Dapat Mak Mentua Yang Baik Pun Satu Rezeki, Bukan Semua Menantu Dapat Rasa”

Alhamdulillah.

Cover image via Facebook Firda Ashaary

Apabila berkahwin bukan bermakna kita berkahwin dengan si dia sahaja, kita akan berkahwin dengan seluruh keluarga dia

Meskipun begitu, perlu diakui bahawa tidak semua yang boleh 'ngam' dengan keluarga pasangan mereka. Saban hari, kisah rumah tangga menjadi retak gara-gara campur tangan keluarga sering kali menghiasi ruangan sosial media.

Namun, ada juga yang bertuah kerana mendapat keluarga pasangan yang baik, lebih-lebih lagi ibu mentua yang sangat memahami di samping boleh menjadi tempat meluah segala rasa.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, seorang wanita telah mengungkapkan rasa kesyukurannya dikurniakan ibu mentua yang sangat baik serta memahami dirinya

Dalam postingnya, wanita yang dikenali sebagai Firda Ashaary itu turut berkata, sebelum dia berkahwin dia telah memanjatkan doa kepada Allah SWT agar dikurniakan seorang ibu mentua yang dapat menerima dirinya seadanya. 

Ternyata doanya dimakbulkan kerana ibu mentuanya bukan sahaja menyayangi dirinya malahan sudi berkongsi rasa kasih itu kepada anak-anaknya juga.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Aku baru terbaca kat wall sorang cikgu yang agak glemer tadi. Suka pulak nak tulis juga tentang topik ni.

Katanya, "Dapat mak mentua yang baik juga adalah satu rezeki. Bukan semua orang dapat rasa."

Aku setuju dengan cikgu ni. Bukan semua orang dapat rasa nikmat rezeki yang satu ni.

Dulu aku selalu berdoa semoga Allah temukanlah aku dengan seorang lagi mak yang aku boleh bercerita, berkongsi rasa, menumpang kasih dan sayang anak-anak aku macam darah daging sendiri. Yang aku tak kekok bila berdua dengan dia. 

Awal perkenalan aku dengan Encik Suami, aku dah tanya dia. Mak dia agaknya boleh ke terima aku? Aku tau dia anak kesayangan. Sebab tu aku tanya.

Kalau rasa Mak dia tak boleh terima, we better stop earlier aku kata.

Aku pesan suruh bagitau aku awal-awal. Aku terima dengan hati terbuka. Kononnya. Walau confirm menangis 7 hari 7 malam. Dah la aku dah mula sayang dia tapi mana boleh tunjuk sedih depan dia.

Dulu aku memang seorang yang ego. Aku tak suka orang nampak aku sedih. Aku tak suka orang dapat baca hati aku. Selagi boleh sorok, aku akan sorok. Aku cover dengan senyum. Nanti time dok sorang, baru nangis.

Back to the story, aku tamak tau. Aku nak kahwin dengan anaknya tapi mak dia pun aku nak juga. Aku takmau sorang sahaja tapi aku nak kedua-duanya. Sebab tu awal lagi aku dah tanya.

Aku dah pernah ada pengalaman mak mentua tak redha ni, kucar kacir lah hidup rumah tangga nanti. Aku serik dah. Aku belajar dari pengalaman lalu. Jadi aku lebih berhati-hati.

Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan impian dan doa aku. Dia kirimkan aku seorang mak mentua yang penyayang, lemah lembut dan mudah bawa berbincang. Sayang anak-anak aku macam cucu sendiri. Tiada berbelah bagi.

Like mother like son!

Syukur. Complete set aku dapat. Aku menang jackpot besar seumur hidup aku tahun tu.

Sungguh!

Bukan setakat dapat mak mentua yang baik tapi keseluruhan "keluarga besar" mak mentua aku menerima kehadiran kami dengan baik.

Senyuman di wajah anak-anak aku dah cukup buat airmata syukur aku mengalir. Bahagia yang aku cari selama ni adalah demi senyuman di wajah mereka. Rezeki anak-anak aku dapat merasa hidup dalam keluarga besar.

Hadiah terindah Allah kirimkan pada aku di akhir sebuah kisah airmata yang panjang.

Guys, ingat ya mak mentua adalah anugerah Allah pada kita dan wajib dilayan macam mak sendiri juga.

Jangan bermusuh atau cemburu dengan dia. Kita kena ingat kita dah "pinjam boyfriend" dia. Jadi kita kena mengalah lah sikit.

Walau dia tidak melahirkan kita tapi kalau bukan kerana dia yang bertarung nyawa melahirkan dan membesarkan jodoh kita. 

Tak mungkin kita akan dapat jodoh sebaik hari ni. 

Kita juga ada anak lelaki. Suatu hari nanti kita juga akan rasa bagaimana sedihnya bila "boyfriend" kita, orang pinjam terus.

Terima kasih Mak
Sayang Fida dan anak-anak.

#SuffianSuffiya
- Semoga kita semua juga akan jadi seorang mak mentua yang baik.

Alhamdulillah.

Seronok baca kisah-kisah kebahagiaan seperti ini. :')

Image via Gfycat

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Apa-apa pun, first things first, kena pandai pikat mentua dulu!

You may be interested in: