seismik

Lelaki Kongsi Gambar Ibu Ajar ‘Girlfriend’ Masak, Ramai Iri Hati & Idam Bakal MIL Begitu!

Untungnya!

Cover image via Twitter @nielcarchuck

Isu perempuan tidak pandai masak dan tidak pernah masuk dapur itu dah selalu kita dengar

Bahkan, rasanya pada zaman sekarang ini, ramai perempuan yang tidak pandai memasak.

Dulu mungkin semua perempuan kena mahir memasak, sebab kerja-kerja dapur sudah dipasak dalam kepala semua perempuan yang perkara ini adalah sebahagian daripada tugas wanita.

Image via Google

Tapi sekarang berbeza, apabila sudah belajar tinggi dan tidak lagi duduk di rumah maka kebanyakan perempuan jadi tidak sempat untuk mempelajari ilmu memasak dari ibu mereka. Tambah pula bila sudah mula bekerja, ramai yang ambil jalan mudah dengan membeli sahaja makanan yang ada di kedai mahupun di restoran.

Tapi persoalannya sekarang, tidak takut ke bakal ibu mentua nanti terkejut lalu memandang rendah kalau anda tidak pandai memasak? 

Yang pasti perkara itu tidak menjadi kerisauan buat seorang gadis yang mana baru-baru ini viral di laman sosial gambar dia diajar memasak oleh ibu kepada teman lelakinya

Gambar yang telah dikongsi oleh pengguna Twitter, @nielcarchuck mendapat perhatian warga Internet yang rata-rata memuji tindakan ibu lelaki berkenaan.

Namun sudah menjadi adat internet, apabila ada yang memuji pasti ada yang mengecam. Ekoran tularnya gambar itu, ada juga yang mempersoalkan lelaki itu yang tidak berbuat apa-apa sewaktu tempoh kejadian berlaku.

Selain itu, ada juga menyatakan tugas memasak bukan tugasan golongan wanita semata-mata dan lelaki juga harus mempunyai kebolehan tersebut.

Lelaki itu bagaimanapun telah membidas kecaman yang diterimanya dan mengakui dia membuat tweet itu sekadar mahu berkongsi kegembiraan yang dirasai melihat ibu dan teman wanitanya meluangkan masa bersama.

Antara komen-komen menarik di laman Twitter:

Memang tidak terkejutlah apabila ramai kaum Hawa yang damba mendapat bakal mother-in-law seperti ini

Ada yang memang sudah berada dalam situasi yang sama pun

Yang ini pula, mak boyfriend siap ajak membawang!

Alahai *cute*nya yang ini

Eh, terbalik pula yang terjadi untuk gadis ini

Lelaki-lelaki ini pula confident ibu mereka memang awesome

Alahai, kesian pula dekat dia ini

Haa dengar ini kaum Hawa!

Memasak ini boleh dikira survival skill, jadi belajarlah memasak, sama ada dengan mak sendiri ke, mak mentua ke, belajar sendiri ke. Masak simple pun cun dah. Boleh?

Image via Tenor

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi perkongsian di SAYS Seismik:

You may be interested in: