Lebih 7k ‘Retweets’, Wanita Ini Kongsi Tips Ambil Hati Mak Mentua Yang Paling Simple & Win
Confirm mak mentua sayang. 🙂
Cover image via Twitter @nurhaninirianiRamai yang menganggap bahawa kehidupan bersama keluarga mentua ini tidak seindah yang digambarkan. Bermacam jenis andaian dibuat oleh segelintir orang.
Namun, ianya terletak kepada diri masing-masing juga untuk menilainya. Lebih-lebih lagi mereka yang sudah lama mendirikan rumahtangga. Pasti lebih berpengalaman tentang perkara seperti ini.
Paling penting sekali, untuk mengambil hati ibu mentua, kunci utamanya adalah dengan menjadi diri sendiri. Bagaimana? Hanya melalui pertuturan sahaja mereka dapat menilai anda. Bercakaplah tentang perkara yang baik-baik sahaja.
Jika tiada kata-kata baik yang perlu dibualkan, lebih baik berdiam sahaja dan hanya berbual tentang perkara yang penting. Bukan setakat itu sahaja, elakkan mengumpat atau berdebat dengan mereka.
Perkara itu boleh membuatkan anda dilabel sebagai suka melawan kata-kata orang yang lebih tua. Kan tidak manis.
Namun begitu, banyak lagi perkara yang perlu diketahui tentang cara mengambil hati keluarga mentua ini. Jangan risau, tak sesukar yang disangka pun. 🙂
Satu perkongsian bermanfaat telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter iaitu Nurhaniniriani tentang tips mengambil hati keluarga mentua atau bakal keluarga mentua bagi mereka yang masih belum berkahwin.
Tips ini juga telah meraih lebih 7k retweets ketika artikel ini ditulis.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Image via Tenor
