"Batal Je Niat Nak Kahwin Jika Rasa Jadi Hamba" - Pesanan Wanita Ini Buat Ramai Sentap
"Kalau dalam kepala otak rasa kahwin ini seperti berada dalam penjara atau jadi bibik, muhasabah semula diri betul-betul. Sudah bersedia ke untuk jadi seorang isteri?"
Kahwin awal ini bukan trend yang perlu diikuti oleh setiap individu. Berkahwinlah kerana anda sudah bersedia 100% dari dalam dan luar. Jangan terlalu ikutkan orang lain.
Bukan apa, perkahwinan merupakan salah satu keputusan besar yang perlu dibuat dan pastinya anda inginkan perkahwinan yang kekal sepanjang hayat, bukan?
Perkahwinan bakal mengubah gaya hidup anda buat selamanya. Lebih-lebih lagi jika anda bergelar seorang isteri.
Nampak seperti perkara remeh, namun sebenarnya berat dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Namun begitu, ianya juga akan memberikan ganjaran dan pahala mudah buat setiap wanita yang patuh.
Jadi, sudahkah anda bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan dan menukar status anda buat selamanya?
Seorang pengguna Twitter iaitu Alia Zamani telah mengupas isu ini dan berkongsi nasihat buat para wanita di luar sana yang masih belum mendirikan rumahtangga untuk lebih faham tentang konsep sebenar perkahwinan
Baca perkongsian penuh di bawah:
Nak kahwin, bukan sebab rupa dan harta sahaja. Banyak lagi perkara lain yang perlu anda titikberatkan.
Reflect terlebih dahulu apa yang pernah terjadi ketika anda bersama dengan pasangan sebelum berkahwin, mampukah anda tangani setiap masalah yang bakal dihadapi?
Pastikan hati anda sudah terbuka sepenuhnya untuk menerima orang lain dalam hidup. Kerana ianya akan mengubah hidup ada 360 darjah selepas berkahwin.
Sumber: Twitter @aliazamani_