Lelaki Ingin Dihormati, Wanita Ingin Disayangi - Ini Petua Untuk Lembutkan Hati Pasangan

Bagi yang baru berkahwin, boleh baca ini. Sangat berguna.

Apabila anda baru melangkah ke alam perkahwinan, banyak perkara yang perlu dipelajari oleh pasangan. Bukan hanya cara untuk pikat dan ambil hati, cara untuk melembutkan hati si dia juga penting untuk anda tahu.

Pasangan suami isteri perlu sentiasa bertolak-ansur antara satu sama lain dalam semua jenis perkara. Kedua-dua belah pihak hendaklah menjadi pendengar yang setia, sentiasa bersama pasangan ketika susah dan senang, sentiasa menjadi tulang belakang pasangan dan sebagainya.

Bermula dengan semua perkara ini, insyaAllah anda akan menjadi pasangan yang bahagia sehingga ke akhir hayat. Yang penting, jangan cepat melenting. Semua perkara boleh dibincangkan terlebih dahulu.

Seperti perkongsian seorang lelaki di laman Facebook miliknya yang dikenali sebagai Afnan Rosli, beliau telah membincangkan tentang cara untuk melembutkan hati pasangan anda. Sangat penting ya!

Baca perkongsian penuh di bawah:

"Kalau kita lelaki, kita yang mula tunjuk kasih sayang pada isteri kita dulu, nescaya isteri akan timbul rasa hormat pada suami. Automatik..."

Pagi tadi lepas Solat Jemaah, belum sempat wirid tahu-tahu isteri saya dah landing atas riba. Mungkin penat sangat jaga Baby semalam kot. Takpelah saya pun teruskan wirid dan doa sampai habis.

Lepas doa, saya nak bangun tapi bila tengok balik muka wife yang keletihan ni, tak sampai hati nak kejut. Maka saya biarkan lah dia tidur kejap.

Tengah duduk termenung sambil tenung muka bidadari saya ni, saya terfikir, macamana budak ni boleh jadi baik sangat ya?

Fikir punya fikir, akhirnya saya dapat. Rupanya jawapan pada Solat Jemaah. Dulu kami jarang solat Jemaah. Masing-masing kalau tidak sependapat kira nak gaduh je. Saya pun ego juga, kira nak betul kita je.

Tapi bila dah mula berjemaah, cakap apa pun semua boleh cakap baik-baik. Cakap apa pun semua dia ikut. Rupanya Solat Berjemaah ini memang power!

Ada beberapa konsep yang ramai tidak faham dalam rumah tangga. Antara basic nya ialah, lelaki ingin di HORMATI. Manakala wanita pula ingin DISAYANGI. Apa yang terjadi pada ramai pasangan. Mereka expect dapat benda-benda itu dari pasangan mereka dulu.

Maksudnya, kalau you sayang I, I hormat you. Macamtu jugak lah pada lelaki. You hormat I, I sayang you. Sebenarnya, the key is kita kena mula dengan diri kita dulu. Kalau kita lelaki, kita yang mula tunjuk kasih sayang pada Isteri kita dulu, nescaya isteri akan timbul rasa hormat pada suami. Automatic!

"Jika ada pasangan yang asyik nak gaduh, asyik tak sependapat, asyik nak marah. Ajak mereka solat Jemaah. InsyaAllah.."

Paling seronok, benda ini ada dalam Solat Jemaah. Bila solat jemaah, automatik sense of HORMAT pada suami itu akan terbentuk dalam jiwa isteri. Sebab suami jadi Imam, apa suami buat semua isteri ikut, patuh dan taat. Bila suami doakan apa-apa hajat pun semua isteri aminkan. Maka dua-dua mempunyai matlamat yang sama, ada doa yang sama. Senang nak capai kejayaan & matlamat kalau sama-sama berdoa.

The cycle will continue, bila suami dihormati, dia automatik akan rasa bersalah kalau tak mencintai. Isteri bila di cintai, automatic timbul rasa hormat. Begitu lah seterusnya kitaran emosi dalam perkahwinan, sebab Solat Jemaah.

Jadi, kalau ada pasangan yang asyik nak gaduh, asyik tak sependapat, asyik nak marah, ajak dia solat Jemaah. Susahlah kalau dah solat Jemaah hari-hari, nak gaduh jugak. Tak percaya cuba dulu 40 hari.

Bila kasih sayang ada dalam rumah, Rahmat Allah tu turun mencurah. Allah Redha suami isteri yang berkasih sayang. Rezeki melimpah-ruah yang Allah akan turunkan, InsyaAllah.

Paling bagus pergi masjid bawak anak-anak sekali. Tapi kalau sibuk sangat mulakan di rumah dulu Subuh, Maghrib, Isyak. Yelah, waktu lain masing-masing dah busy dengan urusan tersendiri. Waktu ini lah nak berkumpul satu keluarga.

Macam kes kami, Alhamdulillah suami isteri tak perlu kerja. Jadi, kami ada plenty of time together.

Apa lagi? Jom ajak pasangan untuk Solat Jemaah bersama? ;)

Image via Baca Lagi

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment