seismik

Coretan Sang Suami Tentang Tanda-Tanda Isteri Tercinta Bakal Pergi Buat Selamanya

Baca sampai habis, memang sedih sangat.

Cover image via Ais Limau

Pemergian insan yang tersayang dalam kehidupan seseorang sememangnya begitu memilukan. Lebih-lebih lagi jika insan itu merupakan teman hidup yang sentiasa bersama kita.

Image via Sehinggit

Sesungguhnya yang hidup pasti akan kembali menghadapNya. Namun, ketika mereka masih bersama dengan kita, haruslah kita menghargai mereka, luangkan masa bersama selagi berpeluang dan sebagainya. Tunjukkan pada mereka betapa kita sayangkan mereka.

Seorang lelaki bernama Faid Noorazmi berkongsi satu kisah pilu di laman Facebook tentang pemergian isterinya yang tercinta. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, arwah isterinya telah menunjukkan 6 tanda yang dia bakal pergi buat selamanya. Begitu memilukan, namun ini salah satu perkara yang harus kita reda.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Isterinya mula menunjukkan tanda-tanda seakan-akan ingin menyampaikan sesuatu kepada suaminya

"Selain Khalil, anak-anak halaqah ini juga saham dunia akhirat buat ayang," kata isterinya melalui caption yang dibuat di laman Instagram miliknya

Anaknya meragam sepanjang malam, sehingga waktu Subuh menjelma. Tidak disangka anak itu meragam seakan-akan mengetahui bahawa ibunya akan meninggalkan mereka buat selamanya.

Tanda-tanda ini hanya berlaku dalam masa dua hari sahaja sebelum pemergiannya menghadap Ilahi. Sangat menyedihkan namun beliau reda dengan ketentuan ini.

Abang kepada Faid Noorazmi menjelaskan kejadian sebenar yang menimpa adik iparnya:

Untuk pengajaran buat semua, rajin-rajinlah meluangkan masa dengan yang tersayang supaya tidak menyesal suatu hari nanti apabila insan itu sudah tiada lagi

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Antara perkongsian menarik di SEISMIK!

You may be interested in: