seismik

Majlis Aqiqah & Berendoi Tak Perlu 'Fancy', Ini Caranya Mengikut Sunnah. Simple!

4 cara ini lebih senang dan tidak menggunakan wang yang banyak.

Cover image via Pinterest

Zaman sekarang ini, segelintir masyarakat tidak lagi mementingkan kesederhanaan ketika ingin menjalankan sesuatu majlis. Termasuklah majlis cukur jambul untuk anak.

Image via Pinterest

Memang sebagai seorang ibu bapa, anda akan menjadi excited lebih-lebih lagi jika baru menimang cahaya mata yang pertama. Namun, perkara ini tidak seharusnya menjadi sebab kenapa anda perlu melakukan majlis cukur jambul secara besar-besaran untuk cahaya mata pertama.

Anda seharusnya mementingkan kesederhanaan ketika melakukan sesuatu agar tidak menjadi buah mulut orang. Zaman sekarang selalunya kita lihat majlis cukur jambul dan majlis pertunangan dibuat secara besar-besaran, sampaikan tidak boleh dibezakan mana satu majlis cukur jambul mana satu majlis pertunangan.

Untuk apa?

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Taufiq Salleh telah menyuarakan pendapat mengenai isu ini melalui laman Facebook miliknya dan mendapat lebih 13k perkongsian oleh warga Facebook sendiri. Ramai yang merasakan tindakan segelintir ibu-bapa adalah sangat tidak logik.

Sebelum itu, anda boleh baca perkongsian penuh di bawah:

"Majlis Aqiqah dan berendoi zaman sekarang siap dengan pelamin, marhaban, potong rambut bayi sikit-sikit..."

Memang menjadi trend bila lahir anak buat Majlis Aqiqah + berendoi beberapa tahun kebelakangan ni siap pelamin, marhaban, potong rambut bayi seorang sedikit dan letak dalam air (yang dinisbahkan pada nama bercukur). Lagi sakan orang buat macam ni bila ambil contoh yang dibuat oleh selebriti terkenal. Nak ikut artis itu buat ini, buat itu. Barulah 'Class' katanya.

Semua itu bukanlah ajaran Islam dan ini adalah budaya yang bercanggah dengan amalan yang Nabi ajarkan. Untuk apa buat majlis habis duit, penat-penat tapi pahala tidak diraih? Silap hari bulan kalau tak buat majlis macam ni boleh dianggap tak sempurna pula.

Suami, mainkanlah peranan anda sebagai ketua keluarga. Bila lahir anak, tahniqkan sendiri. Usah kejar ustaz-ustaz untuk tahniqkan anak, keberkatan ibu ayah itu sendiri lebih utama.

Di hari ketujuh cukurlah rambut anak, timbang rambut tu kemudian kita sedekah ikut harga semasa emas atau perak. Sedikit tips, lepas cukur lumurkan kepala anak dengan air za'faran agar rambut anak tumbuh sekata, ia juga sunnah. Tak perlu tunggu nak usung anak keliling orang kemudian orang potong rambut bayi selai dua helai dan letak dalam air. Amalan pelik apa itu? Sunnah Nabi ajarkan cukur bagi habis terus, bukan bawa keliling orang suruh potong rambut. Siap ketuk dengan daun kunyit ke apa entah sebelum potong rambut, pastu tabur daun lagi. Ingat main masak-masak?

Kemudian, ada duit buatlah Aqiqah kambing untuk anak. Kambing, bukan lembu, ayam atau itik sebab Nabi kata kambing. 2 ekor untuk anak lelaki, seekor anak perempuan. Isytiharkan nama anak anda pada hari tersebut dan buat majlis makan kenduri tanpa perlu buat tahlil semua ni. Jemput orang datang makan, kalau orang nak tengok anak boleh tengok dan doakan kemudian angkat kaki beransur.. Mudah je. Tak perlu bazirkan duit buat pelamin untuk anak, anak tu bukan tau apa pun sebab yang dia tahu nak tidur je. Asal kalau tak letak anak dalam katil tanpa letak atas pelamin cantik-cantik ini anak lambat membesar ke macam mana?

Percayalah, bila anda buat ikut sunnah, keberkatan akan turun dalam hidup anak anda seperti air hujan mencurah-curah. Allah berkati usaha anda yang mengikuti amalan yang dilakukan oleh Nabi. Jika dulu kita tak buat ikut sunnah, semoga Allah ampuni dosa kita. Ada anak lagi kita perbetulkan bagi ikut sunnah. Itu jam kalau orang lain pelik pasal kita tak buat majlis macam anak sebelum ni jangan rasa malu pula. Kita patut bangga kita mengikuti ajaran sunnah Nabi, dan kita nak majlis itu menjadi sebagai salah satu ibadah. Kalau penat pun, lega ikut sunnah.

Beliau juga telah berkongsikan tips untuk anda berhadapan dengan keluarga apabila ingin melaksanakan Majlis Aqiqah mengikut Sunnah Nabi. Lebih simple sebenarnya.

Tadi kita dah bicara isu Aqiqah yang mengikut sunnah, seterusnya adalah perlaksanaan. Apabila kita dah tahu ia sunnah dan kita cuba praktikkan, yang pastinya kita akan berdepan dengan cabaran.

Antaranya berhadapan cabaran dengan ahli keluarga yang kurang faham. Bagi yang faham itu mudahlah tapi yang jenis keluarga tak faham yang mana satu adat hat mana satu sunnah, itu yang jadi masalah. Lebih-lebih lagi bila melibatkan ibu-bapa, mertua kita yang mana ada di antara mereka memang pegang adat nusantara ni. Tak marhaban tak sah! Gelisah dia macam anak tak ada SPM. Kalau isteri mudahlah kita nak counter pasal kita suami, kita ketua keluarga tapi dengan orang tua kita? Ada caranya..

Mulakan bicara isu sunnah menerima kedatangan bayi ini dengan keluarga sebelum bayi tu lahir lagi. Beritahu hasrat kita nak buat majlis ala kadar dan menepati sunnah. Jadi tidaklah mereka terkejut sangat bila kita dah bagi tahu awal-awal. Kalau mereka berkeras nak buat juga, janganlah kita berkeras balik. Cakap baik-baik, InsyaAllah lembut hati mereka. Bagi tahu yang ini anak kita pertama, berilah keizinan pada kita untuk uruskannya. Banyakkan berdoa agar Allah beri mereka hidayah. Kalau merkea berkeras, kita guna next step iaitu meminimakan amalan tersebut.

Jika ibu bapa masih belum bersetuju, anda tidak perlu berkeras. Guna cara lain dengan meminimakan semua amalan ketika Majlis Aqiqah.

Boleh baca 4 amalan penting di bawah:

1. Tahniq

Tahniq yang dianjurkan Nabi ialah dengan buah kurma. Khilaf di antara boleh atau tidak tahniq dengan orang soleh, cuma janganlah skop kan orang soleh itu mesti ustaz. Kalau ada tukang kebun yang soleh, kita kenal dia orang yang baik akhlak dia, tidak merokok, menjaga agamanya, bawa tahniq dengan dia pun boleh. Lebih baik kalau kita tahniq sendiri. Mudah mudahan mengalir keberkatan ibu bapa dalam tubuh anak tersebut. Nak tahniq anak guna kurma atau madu yang dianjurkan kalau xda. Jangan guna flavor vape or susu krimer manis pula ya. Bacaan doa ini pada bayi kita tu. Dan selalu doakan guna doa ni:

اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ

Allahumma faqqihhu fiddin wa a’llimhuttakwil.

Maksudnya: “Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).”

2. Bercukur jambul

Kalau kita nak ikut sunnah dan tiada cabaran halangan, kita cukurlah rambut anak kita tu pada hari ketujuh. Andai kata family kita jenis nak buat marhaban dan nak buat ritual potong rambut sehelai dua buh dalam air, kita cukur rambut anak kita bagi botak awal pagi pada hari ketujuh tu. Atleast, tak sempatlah mereka nak buat 'ritual' seperti di atas. Yang paling penting kita dapat minima dan hubungan keluarga tidak terjejas.

3. Berendoi

Ada yang kata, 'kalau orang ada duit lebih, apa salahnya...duit dia..' Ok lah, ikut suka hang, duit hang kan. Tapi jangan kaitkan perbuatan berendoi sambil marhaban itu dari amalan Islam. Orang yang duit banyak atau sikit tidak membenarkan sesuatu amalan yang tiada dalam agama. Berendoi, lenggang perut dan sebagainya kita tinggalkan lah. Kita nak orang ikut sunnah, tinggalkan perkara yang takda hubungankait dengan agama.

4. Tazkirah

Antara pengisian terbaik dalam majlis Aqiqah ialah kita jemput ustaz atau penceramah yang baik ilmunya bagi berkongsi sedikit pengisian agama. Dari bayar duit hias pelamin berlebih, baik gunakan bagi cenderahati pada penceramah. Tetamu yang datang tak perlu baca tahlil, duduk dan dengar tazkirah kemudian makan. Pahala buat ta'lim dapat, beri orang makan dapat, rapatkan silaturahim dan ukhwah Islamiyah pun dapat. Seronok bila dapat ikut sunnah, percayalah..

Sebagai pengajaran, sentiasa bersifat sederhana dalam melakukan sesuatu perkara ok? InsyaAllah akan mendapat berkat yang sama. :)

Image via Twitter

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca antara perkongsian lain hanya di SEISMIK:

You may be interested in: