Ikon Perniagaan, Vivy Yusof Buat Pengumuman Sedang Menanti Bayi Ketiga. Alhamdulillah!
Daniel dan Maryam bakal terima adik baru tak lama lagi!
Sebut je nama Vivy Yusof, memang rata-rata mengenalinya sebagai ikon perniagaan dan blogger yang begitu terkenal dan salah seorang wanita yang paling berjaya di Malaysia
Vivy Yusof kini menakluki bidang fesyen apabila menjadi pengasas syarikat fesyen yang diberi nama Fashion Valet dan The Duck Group. Selain itu, beliau juga sangat terkenal di dalam mahupun di luar negara dan telah menjadi idola dan ikon gadis-gadis muda di Malaysia.
Ada juga masyarakat yang menyukainya sebagai seorang ibu, isteri dan wanita yang bekerjaya dalam masa yang sama. Cara beliau membahagikan masa antara kerja, keluarga dan anak-anak telah menjadi buah mulut dan inspirasi kepada orang ramai.
Terbaru, Vivy Yusof telah membuat pengumuman di laman Instagram beliau pagi ini bahawa beliau sedang menunggu bayi yang ketiga. Akhirnya, satu berita yang sangat menggembirakan!
Pengumuman itu telah dibuat oleh beliau sendiri melalui caption yang ditulis. Terdapat ribuan reaksi daripada peminatnya yang begitu gembira akan berita itu. Mana taknya, Vivy telah disanjungi ramai dengan pencapaian yang dimiliki sehingga kini dan berita ini telah menjadi sesuatu yang dinantikan oleh peminatnya.
Menurut Vivy, bayi pertama telah diumumkan pada satu pesta besar bersama keluarga dengan air mata kegembiraan.
Bayi kedua, diumumkan pada makan malam romantis. Bayi ketiga, hantar gambar di WhatsApp sambil menguap!
Menurut laporan yang ditulis oleh Vivy Yusof sendiri dan disiarkan melalui News Straits Times, beliau telah mengambil beberapa ujian kehamilan dan hasilnya adalah negatif. Namun, Vivy tidak berputus asa dan mengambil satu lagi ujian dan keputusannya adalah positif!
Ketika menerima berita itu, Vivy kemudiannya mengambil telefon beliau serta menangkap gambar keputusan itu untuk dihantar kepada keluarganya melalui aplikasi Whatsapp yang bertulis, "Kami hamil" dengan emoji senyum.
Selain itu, perkongsian yang ditulis sendiri oleh Vivy Yusof juga telah menyentuh hati ramai peminatnya. Baca tulisan penuh beliau di bawah:
Dalam pengalaman lapan tahun saya sebagai seorang majikan, saya telah melihat banyak rakan sepasukan saya hamil dan memasuki fasa kehidupan yang indah iaitu malam tanpa tidur dan menukar lampin anak. Ramai daripada mereka berubah menjadi versi Pregnant Vivy (Pivy) mereka sendiri dan saya tidak dapat memahaminya.
Kerana saya mempunyai kehamilan yang agak mudah, saya fikir mereka "lemah" dan hanya menghiburkan hati mereka sendiri - sifat yang saya tidak suka. Tidak lupa juga dengan jumlah slip MC yang saya terima dan juga panggilan dari suami dan ibu mereka untuk memberitahu saya bahawa mereka tidak akan datang untuk bekerja, namun saya mengendahkannya semua itu dan sering mengadu kepada jabatan HR. Kehamilan tidak boleh menjejaskan keupayaan anda untuk melaksanakan tugas dan ia tidak sepatutnya memberi kesan kepada rakan sekerja.
Vivy juga telah menulis bahawa beliau mendoakan supaya semua ibu mengandung di luar sana dipermudahkan urusan ketika mengandung
Setiap wanita berbeza dan kita semua melalui pelbagai jenis kehamilan. Ada yang mudah, ada yang sukar, ada yang perlu dimasukkan ke hospital! Kita mesti tahu badan kita sendiri dan berunding dengan doktor kita untuk mengetahui batasan kita, tetapi pada masa yang sama, kita mesti mempunyai minda yang kuat! Kita mesti mengambil inisiatif untuk memotivasi diri kita untuk menjadi kuat, bahagia dan bersyukur.
Kepada semua ibu mengandung yang lain di luar sana, semoga kehamilan anda mudah dan lancar! Sementara itu, tetap kuat dan sentiasa positif. Janganlah menjadi penyebab kenapa orang tidak suka mengambil wanita bekerja dan janganlah jadi penyebab kenapa orang kata wanita mengandung itu lemah.
Anda boleh baca perkongsian penuh di link ini!
Apa-apa pun, kami dari Team Seismik mengucapkan tahniah kepada Datin Vivy Yusof atas kehamilan bayi ketiga ini! :)