Vivy Yusof Beri Nasihat Tentang Cara Pilih 'Husband Material' Dengan Betul
"Cara menggembirakan lelaki bukan melalui perutnya tetapi melalui ibunya. Ibu saya yang beritahu tentang ini." - Vivy Yusof
Bila sebut saja nama Vivy Yusof, pasti semua orang mengenalinya. Blogger dan usahawan terkenal ini boleh dianggap sebagai contoh dan role model kepada semua insan yang bergelar wanita di luar sana.
Beliau merupakan pengasas kepada FashionValet iaitu perniagaan yang sedang dimajukan olehnya sendiri dan ia sangat dikenali. Bukan setakat itu, Vivy juga sangat terkenal di dalam dan luar negara dan sering menjadi idola dan ikutan gadis-gadis Malaysia ketika ini. Beliau juga sering menjadi inspirasi sebagai ibu, isteri dan wanita bekerjaya.
Kalau anda follow Instagram dan Twitter Vivy ni kan, anda boleh nampak yang hidup beliau sekeluarga nampak bahagia je. Tambah-tambah lagi bila selfie bersama suaminya. Nampak sweet je kan mereka berdua?
Baru-baru ni menerusi blog beliau, Vivy ada berkongsi mengenai tips dan cara bagaimana untuk memilih husband material. Nampaknya tips yang dikongsinya itu disambut baik orang ramai. Netizen turut berkongsi tips tersebut di laman Twitter.
Agak-agaknya apa yang dikongsi Vivy tu? Jom baca:
"Anda boleh mengenali personaliti seseorang lelaki itu dengan melihat hubungannya bersama keluarganya. Jika dia sayangkan ibunya (tidak terlalu obses) jangan tinggalkannya. Jika dia hormat dengan bapanya (bukannya takut), dia pasti menjadi seorang bapa yang baik pada masa akan datang.
Jika dia suka meluangkan masa bersama adik-beradiknya, itu menunjukkan bahawa keluarga adalah segalanya buat dirinya. Saya mungkin bercakap untuk diri sendiri, tetapi saya memerlukan seorang lelaki yang sanggup melakukan apa saja untuk keluarganya."
"Jangan sesekali meletakkan diri anda, di antara dia dan ibunya. Jangan biarkan dia membuat pilihan tetapi bergaul mesralah bersama ibunya. Cara menggembirakan lelaki bukan melalui perutnya tetapi melalui ibunya. Ibu saya yang beritahu tentang ini."
"Kadangkala anda mencintai lelaki itu tetapi keluarganya tidak pernah tahu akan kewujudan anda. Berikan masa untuk dia terangkan kepada keluarganya, tetapi jika telah lebih setahun tetap tiada perubahan, tinggalkan saja lelaki tak guna itu. Kadangkala anda sukakan lelaki itu tetapi anda tidak boleh serasi bersama keluarganya. Ia sama ada anda perlu berusaha lebih keras atau kalian perlu tinggal di negara lain. Kadangkala anda amat sukakan keluarganya, tetapi tiada lagi rasa cinta antara kalian berdua. Ia amat-amat menyakitkan.
Tetapi apabila anda mendapati anda amat menyayangi seseorang lelaki itu serta sayangkan keluarganya seperti keluarga sendiri, dan boleh bergaul begitu mesra dengan keluarganya, itulah jodoh anda yang sebenar-benarnya."
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!