seismik

"Jangan Post Gambar Baby Baru Lahir Takut Terkena Penyakit 'Ain" - Pesanan Untuk Ibu Bapa

Berwaspadalah.

Cover image via Instagram @_serbanputih

Ibu bapa mana yang tak teruja dengan kelahiran ahli terbaru dalam keluarga mereka, bukan?

Image via expertise.com

Masing-masing ingin memuat naik gambar bayi dan berkongsi berita gembira di media sosial bersama orang lain. Kalau boleh nak lakukan secepat mungkin.

Namun, ada yang menasihatkan bahawa gambar bayi yang baru lahir tidak elok untuk dimuat naik ke media sosial sebaik sahaja dilahirkan. Malah ada yang mencadangkan untuk hanya memuat naik gambar selepas beberapa minggu kelahiran bayi tersebut.

Tapi kenapa ya? Apa sebabnya?

Ramai yang mendakwa bahawa nasihat ini sebenarnya kolot, tidak berasas, dan tidak dikaji secara saintifik. Oleh itu, masih ramai yang tidak mengendahkannya dan terus memuat naik gambar bayi mereka sejurus dilahirkan.

Image via gifimage.net

Satu perkongsian daripada pengasas Team Tazkirah, Mustaqim Ahmad di Instagram @_serbanputih ada menerangkan sebab kenapa perbuatan ini sebenarnya tidak elok. Dan menurutnya, tindakan itu tidak memberi apa-apa kesan kepada ibu bapa.

Tetapi, bayi yang tidak berdosa itu yang akan menerima kesannya.

Baca perkongsian penuh di bawah:

"Jangan post gambar baby yang baru beranak. Dalam beberapa minggu, kalau nak post silakan."

Saya pernah dengar nasihat orang ini dulu. Tapi saya tak berapa faham mengapa. Setahu saya tak ada pula dalil haram muat naik gambar baby baru lahir.

Selepas saya buat rujukan. Rupanya ini ada kaitan dengan penyakit 'ain atau pun penyakit mata.

"Penyakit mata?? Kenapa dengan mata?"

Bukan sakit mata. Penyakit 'ain ini adalah pandangan manusia yang penuh dengan takjub atau cemburu hinggakan ia beri kesan kepada yang dipandang.

Dengar macam tak logik. Dengar macam kuasa sharingan je (Naruto fans je faham).

Dalam sebuah hadis Nabi SAW:

"Penyakit ‘ain itu benar-benar ada, seandainya ada sesuatu yang bisa mendahului takdir, ‘ainlah yang dapat melakukannya.” (HR Muslim)

Penyakit 'ain ini betul. Dan bahaya juga. Dan tak boleh kita ambil remeh.

Penyakit 'ain ini terjadi apabila orang pandang kita dengan takjub / kagum ataupun dengan cemburu. Hinggakan kita ini jatuh sakit.

Ibnu Abbas pernah berkata:

"Dikatakan bahwa Fulan terkena ‘ain , yaitu apabila musuh atau orang-orang dengki memandangnya lalu pandangan itu mempengaruhinya hingga menyebabkannya jatuh sakit.”

Image via wanista.com

Kadang bukan kerana ada sifat iri hati. Tapi dengan terlampau takjub pun boleh jadi penyakit ain.

Sebab tu apabila baby baru lahir, mereka ini masih suci. Comel. Kita upload gambar mereka hingga ditatap oleh manusia. Kita tak tahu mungkin ada yang akan lihat dengan penuh takjub atau mungkin dengan penuh iri hati. Kita risau bayi itu akan kena penyakit 'ain. Maka sebab itu afdal kita tak upload gambar mereka.

Sebab tu kita jangan terlalu rasa takjub atau iri apabila lihat anak-anak atau harta milik saudara kita. Takut kita yang menjadi puncanya.

"Apabila seorang dari kalian melihat sesuatu dari saudaranya, atau melihat diri saudaranya, atau melihat hartanya yang menakjubkan, maka hendaklah ia mendoakan keberkahan untuk saudaranya tersebut, karena sesungguhnya penyakit ‘ain benar-benar ada.” (HR. Ahmad)

Cara untuk ubati penyakit ain ini adalah dengan membaca ayat ruqyah.

Mungkin ada yang kata, "ini macam tak saintifik". Sebenarnya ada kajian berkenaan mata dan mereka temui bahawa mata ini mampu memberi electromagnetic signal.

Perihal tentang penyakit 'ain turut pernah dikongsi oleh Dr Ustaz Rozaimi Ramle:

Image via ctfand.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Yang ini pun dah jadi trend juga:

Korang dah tengok belum treler parodi ni? Serius kelakar!

You may be interested in: