seismik

Anak Muda Cipta Semula Treler Avengers: Infinity War, Pengarah Filem Gelar Mereka Genius!

Kreatif gila!

Cover image via Twitter @awesomerawks

Majoriti daripada kita tentunya sudah pun menonton treler filem 'Avengers: Infinity War' yang akan ditayangkan pada April nanti

Image via lacomikeria.com

Filem yang dinanti-nantikan hasil daripada Marvel Studios ini sedia menggegarkan pawagam di seluruh dunia pada bulan depan termasuk Malaysia. Masing-masing sudah tidak sabar untuk melihat sendiri kehebatan filem yang penuh aksi ini.

Filem 'Avengers: Infinity War' juga merupakan filem Marvel pertama yang membariskan lebih daripada 20 watak adiwira kegemaran orang ramai dalam satu filem. Confirm akan meletup!

Demam Avengers sudah mula terasa dan merebak pantas! Malah, terdapat sekumpulan anak muda tempatan yang menjadikan "wabak" ini sebagai pencetus kreativiti.

Seorang remaja, Aiman Sany melalui Twitter @awesomerawks telah memuat naik sebuah video treler 'Avengers: Infinity War' yang dihasilkan secara DIY oleh beliau dan rakan-rakan.

Dalam video berkenaan, sekumpulan remaja ini memimik kembali treler Avengers dengan hanya menggunakan alatan rumah seperti pinggan sebagai shield, batang penyapu dan payung sebagai senjata, jag air sebagai 'tesseract', klip baju sebagai 'infinity stones', dan macam-macam lagi. Memang kreatif!

Dalam masa kurang 2 hari, video tersebut telah mendapat lebih daripada 42,000 retweets dan 66,000 likes!

Dalam posting tersebut, Aiman menulis, "Who did it better?". Bagi menjawab soalan ini, anda perlu tonton sendiri di bawah:

Bersedia untuk gelak terbahak-bahak! :D

Siapa sangka kreativiti mereka mendapat perhatian seluruh dunia. Lebih hebat lagi, pengarah filem Avengers sendiri, Russo Brothers turut menggelar mereka 'genius'!

Sedangkan pengarah filem itu sendiri telah melihat dan menghargai kreativiti yang ditunjukkan oleh Aiman dan rakan-rakan. Hebat kan?

Bagi kami, itu sudah cukup untuk dikira sebagai satu pencapaian besar. Memang terbaik!

Aiman and friends, you guys are awesome! Semoga terus sukses di masa hadapan. ;)

Image via giphy.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Orang Malaysia lagi awal dapat tengok!

Memang hebat orang Malaysia!

Leave a comment