seismik

Kumpul Wang Kahwin RM43k Dalam Masa 2 Tahun Dengan Cara Paling Efektif Ini. Tak Susah Pun!

Kalau anda berdisiplin, insyaAllah boleh capai jumlah yang diingini. :)

Cover image via Google

Setiap orang inginkan kehidupan berumahtangga bersama pasangan pilihan hati. Tidak kisahlah apa jua halangan yang bakal ditempuhi, kalau dah sayang memang akan anda usahakan.

Namun sebenarnya, bila difikirkan kembali, ramai orang yang sanggup untuk berkahwin. Tapi penghalangnya adalah bila tiba masa untuk mengumpul duit kahwin. Berpuluh ribu habis untuk majlis yang bakal diadakan dalam masa beberapa jam sahaja.

Malah, ada juga pasangan yang menghabiskan ratusan ribu ringgit untuk majlis perkahwinan mereka. Berbaloi ke?

Gambar sekadar hiasan

Image via Bride and Breakfast

Gambar sekadar hiasan

Image via Eric Cheng Photography

Mungkin buat sesetengah orang, perkara itu sudah menjadi kebiasaan buat mereka kerana mereka begitu particular tentang hari-hari yang penting dan bersejarah ini.

Buat anda yang mempunyai hajat ingin mendirikan rumahtangga tidak lama lagi, boleh ikuti tiga tips di bawah untuk cara efektif kumpul duit kahwin sebanyak RM43k dalam masa 2 tahun sahaja

Tips tersebut buat telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook iaitu Razzatul Nadia Rosli bertujuan untuk membantu mereka di luar sana dengan formula kumpul duit kahwin yang lebih mudah ini.

Baca perkongsian penuh di bawah:

1. Set tarikh target untuk berkahwin

Set kan tarikh target korang nak kahwin, sebab kalau korang tak target, susah untuk korang nak set pencapaian korang. So memang kene set. Normally orang akan buat persediaan nak kahwin 2 tahun sebelum tarikh majlis diorang.

2. Buat ASB loan

Okey ini sangat penting untuk memaksa diri korang untuk buat simpanan. So apa yang korang kene buat, buat ASB LOAN 50k ikat selama 30 tahun. So bulanannya dalam RM300/month dengan kadar faedah bank 5.2%.

Andai kata dividen tahunan ialah 7.25%, So setiap tahun korang akan dapat duit dividen dari simpanan ASB tu dalam RM3,625. So 2 tahun jadi RM7,250.

Hmm cukup ke RM7,250 ni ? Duit hantaran pun dah RM10k, mana lagi nak beli barang hantaran lagi, majlis nikah lagi, majlis kahwin lagi kan. So conclusion nya memang tak cukup.

So apa yang korang kene buat ialah langkah ketiga:

3. Buat part-time dropship TANPA modal

Okey sekarang ni bersepah founder leader stokis yang carik agent dropship kan. So gunakan peluang yang diorang bagi ni untuk tambah pendapatan. Memang nak kahwin ni kene struggle sikit lah kan. Hehe.

Tips dia, korang kene lah jual produk yang orang sedian tahu, yang jenis leader @ stokis yang memang akan guide korang cara untuk jana pendapatan. Dropship ni korang tak payah keluar modal pun, dapat komisen FREE je.

Contoh nya macam produk dianz, hmp cosmetics, jus shine, elysiancosmetic, dyxy, nuraysa, macam macam lagi lah.

Normally keuntungan dropship RM5-RM30 /pcs. So andai kata lah korang dapat jual 5 produk, Razz average kan keuntungan dalam RM10/pcs.

- Sehari 5pcs x RM10 = RM50
- Sebulan 30 hari x RM50 = RM1500
- 2 tahun 24 bulan x RM1500 = RM36,000

Ha nampak tak kat situ, dalam masa 2 tahun korang dapat kumpul RM36k cash money okey. Tak payah buat bisnes keluar modal besar pun dah boleh simpan duit kahwin. Syaratnya korang kene tahan nafsu lah.

Antara tips yang lainnya adalah setiap kali anda dapat komisen, terus masukkan ke dalam akaun ASB. Bila susah nak keluarkan, mesti anda tidak akan 'berjoli' sana sini dengan duit itu.

So cukup masa korang nak kawin tu, baru lah keluarkan duit ASB tu, lepas tu boleh lah korang langsungkan perkahwinan korang tu.

So dah ada RM43k tu cukup tak untuk korang kawin ? Terlebih cukup kan, tapi jangan lah pulak korang habis kan RM43k tu untuk majlis 1 hari tu. Buat majlis berpada pada je, elakkan pembaziran tau.

RM10,000 untuk hantaran dan RM10,000 untuk majlis 500pax. Selebihnya ada lagi RM23k kan, korang simpan untuk persediaan alam rumah tangga nanti ye.

So macam mana, okey ke idea ni ? Kalau korang rasa okey boleh lah cuba try test cara ni, tapi kalau korang rasa ada cara lain yang lebih baik, boleh terus guna cara u alls. Razz cuma bagi idea je, bantu apa yang mampu je.

Nampak? Dengan cara yang mudah je anda boleh kumpul sebanyak RM43,250 dalam masa dua tahun untuk duit kahwin. Tak susah mana pun sebenarnya. ;)

Image via Gifimage

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baru-baru ini pasangan pengantin ini telah ditimpa musibah beberapa hari sebelum majlis mereka berlangsung. Kesiannya...

Baca juga artikel di bawah jika anda inginkan idea untuk door gift. Menarik!

RM4k je? Biar betul?

You may be interested in: