Persiapan Majlis Kahwin Pasangan Ini Musnah Terbakar 2 Hari Sebelum Berlangsung. Sedihnya
"Mohon maaf, tiada majlis perkahwinan bakal diadakan pada 1 Disember 2018.." - Pengantin.
Hari perkahwinan merupakan hari yang dinanti-nanti oleh pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga. Pastinya semua pasangan bakal menghitung hari sehingga menjelangnya hari teristimewa itu.
Mana tidaknya, setelah berbulan-bulan anda berusaha mengumpul duit dan menghabiskan masa untuk penyediaan majlis perkahwinan yang diimpikan, pasti anda inginkan yang terbaik untuk anda, pasangan dan keluarga pasangan.
Malah, setiap pasangan pasti akan berasa gementar sebelum tibanya hari perkahwinan mereka. Beratus-ratus tetamu akan hadir untuk memeriahkan hari tersebut. Pastinya anda inginkan yang terbaik buat mereka, bukan?
Berbeza pula dengan pasangan pengantin ini yang ditimpa musibah beberapa hari yang lepas iaitu dua hari sebelum majlis perkahwinan mereka berlangsung
Pasangan tersebut yang dikenali sebagai Asmieyz Zahari dan juga Amer Syariq. Mereka bakal diijabkabulkan dan majlis persandingan telah ditetapkan pada 1 Disember 2018.
Namun begitu, musibah yang menimpa pasangan ini amatlah besar kerana persiapan majlis perkahwinan telah musnah dijilat api dengan sekelip mata sahaja.
Allahu...
Baca perkongsian penuh di bawah:
Namun begitu, mereka masih lagi menguatkan semangat dan membuat keputusan untuk meneruskan sahaja majlis akad nikah seperti yang dibincangkan
Alhamdulillah, mereka berdua selamat diijabkabulkan dengan izin Allah.
Ini merupakan gambar beberapa barang hantaran yang telah musnah dijilat api. Kesiannya...
Perkara paling sedih dan tidak disangka adalah tak sampai satu jam gubahan dibuat, dalam masa satu minit sahaja semuanya telah musnah.
Apa pun, semoga pasangan ini sentiasa tabah menghadapi ujian yang diberikan ini.
Sumber: Facebook Fairi Lorenzo Aliyati