[GAMBAR] 13 Door Gifts Paling ‘Rare’ Pernah Kami Lihat Di Majlis Kahwin. Kreatif & Jimat!
Rakyat Malaysia ni sebenarnya ada bakat. Kreatif semacam je! :D
Siapa kata rakyat Malaysia ini tak kreatif? Sebenarnya kalau mereka sudah mula berfikir di luar kotak, idea mereka memang epik!
Baru-baru ini telah viral di laman Facebook tentang door gifts yang 'rare' atau jarang diberikan di mana-mana majlis perkahwinan.
Selalunya anda akan dapat kek, gula-gula, bunga telur, biskut, kek, dan pelbagai lagi barangan lain yang memang common.
Kali ini rakyat Malaysia kembali dengan idea mereka yang begitu bernas iaitu dengan memberikan beberapa barangan yang memang tidak disangka boleh dijadikan sebagai door gifts.
Lihat senarai penuh di bawah:
1. Telur mentah bersama tempat letak telur yang telah digunting
Siapa tak terkejut kalau dapat telur mentah sebagai door gift kan? Memang unik tapi ramai yang memerlukan telur di rumah k.
2. Maggi satu paket untuk setiap tetamu yang hadir
Aduh, ini paling comel sekali. Ingatkan dapat apa, sekali buka dapat maggi. Sedap juga kalau masak malam nanti.
3. Roti Gardenia. Siapa je yang tak suka makan roti kan?
Fuh, terbaik. Dapat roti gardenia terus. Boleh makan masa breakfast nanti, cicah dengan kari pun sedap.
5. Serbuk kunyit Adabi. Aduh, comelnya!
Alahai, ini memang fikiran luar kotak habis. Serbuk kunyit pun boleh lah! Unik tau.
6. Gula di dalam bekas yang sangat cute. Wah!
Pernah tak anda dapat gula lepas balik dari majlis perkahwinan? Kalau tak pernah, bolehlah buat nanti kalau anda ingin berkahwin, jarang tau orang buat.
7. Pencukur pun ada! Ini lawak k...
Pencukur ini memang pelik sikit tapi sebenarnya benda keperluan juga. Dan anda tahu pasti tetamu tak akan buang barang ini. Tapi hati-hati jangan bagi kanak-kanak buka, luka nanti masalah pula.
8. Senduk masak! Ini comel...
Comelnya yang ini! Simple je tapi memang menarik untuk dijadikan sebagai door gift.
9. Air mineral pun boleh. Untuk kekal hidrasi! :D
Nampak macam dah biasa orang bagi tapi sebenarnya air mineral jarang dijadikan sebagai door gift di majlis perkahwinan sebab selalunya orang akan bagi di majlis seminar dan sebagainya. Betul tak?
10. Amboi, ubat gigi Darlie pun ada k. Kreatif sungguh!
Keperluan setiap orang setiap hari. Ubat gigi! Bagus betul tuan rumah yang bagi ubat gigi sebagai door gift majlis perkahwinan. Lawak betul.
11. Susu pekat. Ini kalau 1,000 orang datang, jenuh nak mengangkat. Berat oi!
Susu pekat ini memang agak berat untuk dibawa balik, tapi memang sangat berguna. Unik sangat bila anda balik dari majlis perkahwinan, dapat susu pekat sebagai door gift.
12. Tuala muka. Lebih simple!
Ringan dan mudah untuk dibawa. Kalau anda memang tak ada idea sangat dah, boleh bagi tuala muka je untuk tetamu yang hadir. Berguna juga.
13. Jam! Ini paling epik sebenarnya, mana pernah pergi majlis perkahwinan dapat jam. Hehe.
Jam ini memang famous di IKEA. Kebanyakan rumah memang akan ada jam jenis macam ini, sebab murah dan sangat pratikal. Simple pun simple. Kalau ada bajet lebih, boleh jadikan jam ini sebagai door gift majlis perkahwinan anda.
Kan dah cakap, rakyat Malaysia ini memang kreatif.
Tak semestinya door gift kena bagi benda yang mahal dan nampak ekslusif, barangan seperti di atas pasti akan digunakan. Betul tak? :)