"Demi Anak, Kehendak Sendiri Diketepikan" - Ini 'Breakdown' Sebenar Kos Bulanan Ibu Bapa
Struggle sangat.
Bergaji besar tidak semestinya dapat memastikan kehidupan keluarga terjamin dan senantiasa bahagia
Ini kerana senario yang sering berlaku adalah di mana seseorang itu mempunyai gaji yang besar, malangnya tidak pandai mengurus kewangan dengan baik. Akhirnya, segala duit yang ada pada bulan itu 'lesap' begitu sahaja.
Sebab itulah setiap individu terutamanya yang sudah berkahwin atau sudah mempunyai keluarga perlu mengetahui serba sedikit tentang 'ilmu kewangan'. Bukan apa, ia penting untuk memastikan diri sendiri serta keluarga terhindar dari hutang tinggi melangit.
Jika anda masih tidak tahu cara terbaik untuk menguruskan kewangan bulanan, sebagai langkah permulaan boleh catat segala perbelanjaan harian
Ini merupakan cara paling basic untuk anda praktik.
Ia juga boleh membantu anda untuk keep track ke mana perginya duit anda. Mana tidaknya, zaman sekarang kehendak sentiasa lebih tinggi daripada keperluan, sebab itulah anda perlu tahu cara untuk mengesan serta menganalisis cara berbelanja.
Tips ini juga penting untuk individu yang mempunyai keluarga serta anak-anak yang masih bersekolah.
Namun, tahukah anda perbelanjaan bulanan mereka yang bergelar ibu bapa adalah jauh lebih tinggi daripada individu yang single?
Ini kerana ibu bapa perlu 'tolak tepi' segala kehendak mereka untuk memastikan segala keperluan asas di rumah serta anak-anak yang masih belajar disediakan dengan sempurna.
Sebagai contoh, boleh lihat breakdown expenses bulanan keluarga ini yang telah dikongsikan oleh pengguna Facebook Ir Abdul Rahman Bahasa. Memang tergamam bila lihat pecahan belanja buat anak-anak dan belanja asas keluarga yang perlu ditanggung setiap bulan.
Baca perkongsian penuh di bawah:
"Demi anak, saya sanggup ketepikan kehendak saya"
Assalamualaikum Tuan. Saya tergerak nak share belanjawan keluarga saya bulan ni. Sekadar nak berkongsi ekonomi keluarga saya dan betapa strugglenya kehidupan sekarang.
Itu DM Puan R kepada saya. Saya go through belanjawan keluarga Puan R. YA! Memang struggle! Kenapa saya katakan begitu? Ini latar belakang keluarga Puan R:
Punca pendapatan: Suami sahaja bekerja. Puan R suri rumah sepenuh masa.
Gaji Suami: RM 8,000
Gaji Bersih Suami: RM 6,000 (approx. sahaja. Jumlah tak tentu, bergantung kepada OT untuk pendapatan tambahan)
Jumlah Anggota Keluarga: 6 orang
Jumlah Anak: 4 orang (3 bersekolah, 1 anak masih berumur 4 tahun)
Lokasi tempat tinggal: Lembah Klang
Jenis Rumah: Apartment (Dibeli 18 tahun yang lalu)
Kereta: Proton Exora (Disebabkan keluarga ramai)
Ini pula merupakan pecahan belanjawan bulanan Puan R sekeluarga:
UNTUK ANAK & BELANJA ASAS KELUARGA
Kereta: RM850
Rumah: RM600
Barang Dapur Kering: RM450
Barang Dapur Basah (termasuk pampers anak dan susu): RM900
SSPN ANAK: RM200
Van Sekolah ANAK: RM100
Yuran Ngaji ANAK: RM60
Yuran Tusyen ANAK: RM200
Belanja sekolah ANAK: RM624. Total: RM3,985
UTILITI
Coway: RM130
Elektrik: RM80
Air (bayar untuk meter pukal): RM40
Astro: RM90
Petrol: RM200
Unifi: RM150. Total: RM710
BELANJA UNTUK MASA HADAPAN
Duit kutu (simpanan paksa untuk bayar road tax and insuran Exora): RM200
Hibah: RM200. Total: RM400
BAKTI PADA IBU BAPA
Ibu Bapa (Both keluarga sendiri dan mertua): RM400
HUTANG LUAR JANGKA
Pinjam sebab bulan lepas defisit: RM300
LEBIHAN: RM206
Kesimpulannya...
Dari pendapatan bersih RM6,000 keluarga Puan R:
66.4% digunakan untuk Anak dan Keluarga
11.8% digunakan untuk Utiliti
6.7% digunakan untuk Masa Hadapan
6.7% digunakan untuk Ibu Bapa
5% digunakan untuk Hutang Luar Jangka
Lebihan??? Hanya 3.4%.
Total: 100%
Maka saya bertanya kepada Puan R:
Saya: Herm. Nampak nya belanjawan Puan lebih kepada ANAK dan BARANG ASAS keluarga ni Puan. Memang struggle. Lebihan pun tak nampak macam lebihan. Macam mana dengan Tol, Parking, Bill Handphone?
Puan R: Tu lah Tuan..Nak tak nak. Suami kena buat OT. Kalau ada OT ada lah lebihan sedikit. Kalau tak ada? Jawabnya kena meminjam lah macam bulan lepas, sambung Puan R lagi..
Ni cerita nak survive je Tuan. Macam mana dengan kehendak saya dan suami? Memang kami kena lupakan… DEMI ANAK, SAYA SANGGUP KETEPIKAN KEHENDAK SAYA
MasyaAllah.. Begitulah hakikat kehidupan sekarang..Zaman kita Zaman Struggle.. Fikir2kanlah…