“Tak Tahan Politik Office” - Lelaki Kongsi 6 Spesies Manusia Yang Buat Dia Berhenti Kerja
Di pejabat korang ada tak spesies-spesies ni? Kalau ada, sabar jelah.
Di mana-mana pun anda bekerja, politik di tempat kerja memang tak akan hilang. Bukan nak berfikiran negatif, tapi memang lumrah.
Makhluk seperti ini dipanggil 'virus'.
Kadang-kadang, tanpa perlu anda buat salah pun akan ada individu yang tidak suka akan kehadiran anda di pejabat. Paling teruk, dia kumpulkan pula satu 'group' untuk tidak menyukai orang yang tak bersalah. Pelik sungguh manusia zaman sekarang.
Perkara seperti ini sebenarnya agak membimbangkan. Mana tidaknya, tekanan di tempat kerja sama ada terhadap tanggungjawab yang dilakukan mahupun perangai rakan sekerja boleh menjejaskan produktiviti serta prestasi organisasi.
Malah, ia akan menjadi bertambah teruk jika individu tersebut tidak mendapat sokongan dan solusi untuk masalah yang dihadapi. Sampai akan ada rasa untuk berhenti kerja.
Untuk mengenali lebih lanjut tentang perangai-perangai makhluk 'virus' ini di tempat kerja, boleh baca perkongsian yang ditulis oleh Ir Abdul Rahman Bahasa ini:
Lelaki ini telah menulis perkongsian tersebut berdasarkan pengalamannya sendiri ketika menghadapi masalah dengan individu seperti ini di tempat kerja.
Memang tidak dapat dinafikan, mereka yang berperangai pelik ini sebenarnya wujud di mana-mana.
Sebelum minggu terakhir, dia dipanggil untuk mengisi borang "Exit Interview Form" setelah selesai menghantar surat berhenti kerja
Aku pernah berkerja di salah sebuah syarikat Multi-National Company (MNC) suatu ketika dahulu. Mengikut pengalaman aku, tak semua MNC tu indah. Banyak yang indah khabar dari rupa. Tapi aku tak nafikan, ada MNC yang super good. Especially MNC dari Europe dan US.
Anyway, moga kisahku kali ini boleh menjadi tauladan kepada yang sedang mencari kerja dan sedang bekerja ya.
Al-kisah, aku decided quit dari company MNC ni. Seminggu sebelum last day aku, aku di beri “Exit Interview Form”. Aku pun isi form tu sejujur2 nya. Sampai lah hari last day aku, tiba2 extension aku berbunyi, surprisingly yang telefon itu adalah Vice President (VP) HR company. Tak pernah2 VP HR ni call aku. Aku pun pickup phone aku.
VP: Assalam Rahman, boleh you datang office saya di tingkat 9 dalam masa 15 minit?
Saya: Waalaikumsalam, baik. Saya akan ke sana.
Berdebar jugak hati sepanjang perjalanan ke tingkat 9 tu. Sampai di depan bilik VP, Secretary dia suruh masuk. Aku pun masuk dan kemasukkan aku itu di sambut dengan senyuman dari VP.
VP: Have a seat Rahman. Saya baca Exit Interview Form you dan thanks sebab bagi very honest input. Ini kali pertama kami terima reason berkenaan dalam process Exit Interview
"Apa alasan untuk anda berhenti kerja?"
Jawapan yang diberikan memang 'on point'.
Korang nak tau apa yang aku jawab dalam Exit Interview? Ini jawapan aku:
//Quoted// What are the reasons for leaving?
Jawapan: I can’t withstand with OFFICE POLITICS in this company.
//Unquoted//
Yes, aku quit sebab OFFICE POLITICS! 6 SPESIS MANUSIA NI YANG BUAT AKU QUIT KERJA AKU.
Menurutnya, ini 6 spesies manusia yang membuatkan dia nekad untuk berhenti kerja:
SPESIS 1 – TUKANG KIPAS
Kaki mengampu a.k.a tukang kipas. Bosan aku dengan spesis ni. Sebab kerja dia hari2 pergi bodek Boss. Kadang2 yg extreme tu, hari2 letak nasi lemak kat meja Boss. Paling sakit hati, kebanyakan orang yang kuat mengampu ni bukan buat kerja pun. But they can survive with mengampu Boss. Walaupun Boss bukan jenis yg mudah terpengaruh, tapi kalau dah hari-hari kena kipas, lama-lama dia buy in jugak. Kebanyakkan Tukang Kipas ni dinaikkan pangkat bukan sebab capability dia, but sebab kepetahan dia bercakap dan convince orang, terutamanya Boss.
SPESIS 2 – TUKANG REPORT
Ya ampun, yang ni lagi bahaya. Tahap bahaya dia tu sampai boleh menutup periuk nasik orang. Ada je issue sikit pasal orang lain, dia lah yang paling laju mereport. Pantang kerja orang lain ada silap sikit, perghh laju dia report kat Boss. Tapi bila dia buat salah, kemain dia cover bagai nak rak. Lagi haru kalu kaki report ni perangai nye suka menyalahkan orang lain untuk menyelamatkan punggung dia sendiri. Nasib tak baik, benda tu tak betul pun jadi betul bila Boss hanya dengar one side of story, kesian orang yang jadi mangsa.
SPESIS 3 – TUKANG KARUT
Yang ni problem jugak. Kerja dia dok reka cerita demi untuk menjatuhkan orang lain. Tukang karut ni mission dia tak lain tak bukan untuk meletakkan diri sebagai orang kuat Boss. Apa dia cakap, Boss percaya je tanpa usul periksa. Orang macam ni selalunya perwatakan dia soft spoken ala-ala baik camtu. Nampak macam baik, alim, tapi hati busuk nauzubillah.
Yang selebihnya memang jenis spesies yang menyakitkan hati
SPESIS 4 – TUKANG JILAT PUNGGUNG
Tukang jilat punggung ni sifat dia YES BOSS. Belakang kemain pum pang pum pang cakap pasal ketidakpuasan hati dia. Tapi bila depan Boss, Boss cakap apa semua betul. Semua okay. Kemain manis mulutnya sampai pijak semut pun tak mati. Jenis ni kalau dalam meeting, Boss cakap apa, dia ulang balik cakap jugak. Kononnya, nampak macam dia in-line dengan Boss or management.
Tapi hakikatnya jenis spesis ni actually: pengecut, tak ada pendirian, nak nampak bagus je depan Boss. Pastu mengadu domba la cakap orang ni tak setuju, orang tu tak setuju, dia jer setuju dengan cakap Boss. Depan kita cakap pasal Boss, depan Boss cakap pasal kita. Senang cerita, memang pandai berlakon dan layak menang anugerah skrin selama 10tahun berturut2.
SPESIS 5 – TUKANG HASUT
Jenis ni, tak lain kerja dia menghasut Boss. Selalunya dia hasut orang-orang yang menjadi kesayangan syarikat atau yang mempunyai talent or skill yang tinggi. Maybe tukang hasut ni rasa tercabar kot and nak kekalkan kedudukan dia di pejabat. Tukang hasut ni pandai create cerita and pandai jadi talam dua muka.
SPESIS 6 – TUKANG SORAK
Tukang sorak ni selalunya character dia diam-diam je. Tapi kalau orang lain kena hentam dengan Boss, kemain lah dorang bertepuk tangan. Pastu, cerita tu dijaja sampai semua orang tau. Tapi sebelum bersorak tu, dia akan jumpa orang yang kena hentam dulu. Tanya dulu kenapa? Apa sebab kena hentam segala. So bila info dah cukup, baru lah di viralkan. Haish..teruk betul.
Buatlah kerja banyak dan bagus macam mana pun, orang lain juga yang dapat nama
Ini lah 6 spesis manusia yang buat aku quit company MNC tu. It very TOXIC ENVIRONMENT. Nak buat kerja pun terbantut. Perform macam mana pun, last2 orang lain dapat credit. So guys, aku berharap korang semua tidak tergolong dalam salah satu spesis yang aku sebut di atas. Waima, jika korang adalah salah seorang dari spesis2 parasit ni.
Ini nasihat aku: TOLONG LAH MUHASABAH DIRI. POSITIF KAN LAH DIRI DEMI KEBAIKAN YANG LAIN.
Done coretan hari ini.