seismik

Dibuka Mulai 1 Julai 2020, Kanak-Kanak Bakal Kembali Ke Pra Sekolah & Tabika

Ayuh kembali ke sekolah!

Cover image via Tadika Kemas

Semua jenis sekolah di Malaysia telah diarahkan tutup susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa sejak 18 Mac lalu

Gambar sekadar hiasan

Image via Berita Harian

Penguatkuasaan tersebut melibatkan semua prasekolah, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, sekolah ekspatriat, pusat tahfiz, kolej dan pusat GENIUS dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti serta Institut Pendidikan Guru.

Namun begitu, kerajaan hari ini memaklumkan Taman bimbingan kanak-kanak termasuk Tabika Kemas, Tabika Perpaduan serta semua prasekolah dan swasta dibenarkan beroperasi kembali bermula 1 Julai ini

Kebenaran membenarkan operasi itu melibatkan kira-kira 24,410 institusi pendidikan tersebut yang berdaftar di seluruh negara.

Gambar sekadar hiasan

Image via LookP

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keputusan itu dibuat Mesyuarat Khas Menteri-Menteri, hari ini.

Katanya, terdapat 24,414 buah prasekolah dan tadika terbabit iaitu 6,216 prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan; 7,887 tadika swasta; 8,530 tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan 1,781 Tabika Perpaduan di bawah Kementerian Perpaduan Negara.

Prosedur operasi standard (SOP) bakal dibentangkan sendiri oleh Kementerian Pendidikan dalam waktu terdekat ini

Gambar sekadar hiasan

Image via Gulf News

Jelas Ismail Sabri lagi, perician SOP itu lengkap bermula sebelum kemasukan kanak-kanak, sewaktu mereka belajar dalam kelas, begitu juga waktu pulang.

Selain itu, SOP cara bermain dan waktu makan mereka juga akan ada diperincikan dan akan diberitahu kelak.

Selamat kembali ke sekolah adik-adik sekalian. Sebelum datang sekolah, jangan lupa siapkan kerja sekolah cikgu bagi ya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca juga artikel berkaitan hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: