seismik

Bungkus 'Pad' Dan 14 Lagi Tips Penting Untuk Wanita Yang Selalu Hiking & Masuk Hutan

Ingat, jangan main belasah je tanpa ada ilmu yang cukup.

Cover image via Anastasia Azlan/Facebook

Artikel ini merupakan sebuah tulisan dan sumbangan daripada Anastasia Azlan, pengasas National Outdoor Adventure (NOA) untuk diterbitkan semula oleh TSG #KasiJadi atas keizinan.

Sebagai seorang pemandu arah atau mountain guider yang telah berkecimpung dalam dunia outdoor selama tujuh tahun, Anastasia Azlan atau lebih mesra dengan panggilan Ana sememangnya mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang hiking.

Daripada pengalaman tersebut, Ana sedar bahawa beliau memainkan peranan yang besar dalam perkongsian ilmu hutan dan alam sekitar kepada masyarakat di luar sana, terutamanya kepada kaum wanita.

Setelah menimba ilmu selama bertahun-tahun, Ana, yang menjadikan bidang ini sebagai karier sepenuh masa ingin berkongsi 15 tips penting untuk para hikers wanita ketika berada di dalam hutan.

1. Pendaki wanita perlu menjaga diri dari segi pergaulan yang bercampur

Apabila tidur bawah fly, pastikan tidur rapat-rapat bersama kaum hawa yang lain dan pastikan ada separation dengan kaum lelaki.

2. Baca surah Al-Fatihah dan 4 Qul sebagai pendinding diri sebelum mula trekking

Ini disebabkan makhluk halus dari alam lain lebih tertarik kepada kaum hawa, lebih-lebih lagi di dalam hutan. Ingat, hutan adalah tempat mereka, bukan tempat kita.

Image via SAYS

3. Wanita yang datang bulan, tolong jaga tuala wanita sebaik mungkin

Selain wanita, makhluk dari alam lain turut sukakan benda kotor. Jadi, pastikan cuci tuala wanita di tempat air mengalir deras (sungai) sehingga bersih kemudian bungkus dan asingkan.

Image via SAYS

4. Di tempat yang tak ada air, kaum hawa yang datang bulan boleh gunakan kaedah bungkus dengan surat khabar

Selepas itu, masukkan dan balut bungkusan surat khabar ke dalam plastik kemudian simpan di tempat tersorok. Salah satu tempat yang sesuai ialah di bahagian water bladder/H20 di dalam beg.

Pada waktu malam, pastikan tidur dengan beg dijadikan sebagai bantal. Barang peribadi sebegini perlu dijaga seelok-eloknya bagi mengelak daripada diganggu.

5. Minta maklumkan salah seorang kawan perempuan bila mahu ke sungai tengah malam atau nak buang air

PENTING: Jangan pergi ke mana-mana pada waktu malam berseorangan, baik perempuan mahupun lelaki. Begitu juga pada waktu siang. Sentiasa pastikan anda berteman.

Image via SAYS

6. Sila simpan tisu/wet tissue yang digunakan dan masukkan ke dalam plastik kecil berbungkus

Walaupun hanya tisu, anda tidak sama sekali digalakkan untuk membuang atau menanam tisu kotor di dalam hutan. Wet tissue boleh dicuci bersih-bersih di sungai. Jika perlu, bawa sabun mandi lebih sikit.

7. Sebelum masuk hutan, anggota badan perlulah bersih dan suci daripada segala hadas

Pesanan PENTING untuk lelaki dan perempuan: Mana-mana pendaki sekali pun mesti kena mandi wajib dulu sebelum masuk hutan. Makhlus halus lebih cenderung untuk mengganggu manusia yang tidak suci tubuh badan.

Image via SAYS

8. Macam mana kalau diserang period pain ketika di dalam hutan?

Saat kesakitan pinggang yang teramat sangat, minta buatkan air panas. Air panas/suam sangat mujarab dalam melegakan kesakitan.

Minta juga bantuan kaum adam untuk membawa sedikit ration/makanan untuk meringankan beban beg. Period pain ni memang sakit sangat. Jadi kaum lelaki minta beri kerjasama ya.

9. Jangan lupa bawa kain batik atau kain pelikat

Kain batik boleh dijadikan tuala mandi. Dengan ada kain juga, urusan tukar baju akan jadi lebih mudah buat kaum wanita ketika emergency.

10. Parut adalah musuh kaum wanita selepas terkena gigitan, and sunburn too!

Boleh sapukan bio oil atau virgin oil untuk hilangkan parut. Kulit yang terkena sunburn juga boleh dikurangkan dengan bio oil dan Aloe Vera. Selamat mencuba!

Image via SAYS

11. Terus JERIT jika diganggu oleh lelaki gatal/miang yang cuba mengambil kesempatan

Mana-mana kaum hawa yang diganggu oleh lelaki yang cuba mengambil kesempatan, terus jerit atau mengadu pada gogo/guider dan minta asingkan diri.

Jangan rasa takut dan biarkan keadaan begitu berterusan. Anda ada hak. Fight! Go girls!

Nasib baik abam Iron Man ni gentleman dan tak miang.

Image via SAYS

12. Kawal emosi di dalam hutan dan jangan mudah menangis

Dalam keadaan yang lemah dan vulnerable, makhluk halus akan lebih mudah mengganggu diri kita. Rehatkan diri, take 5 and chill, kemudian teruskan melangkah dengan semangat yang positif.

13. Fakta: Wanita lebih mudah terkena hypothermia (kesejukan melampau)

Pakai stokin berlapis dan tutup ubun kepala sewaktu tidur malam. Untuk panaskan badan, minum air panas sebelum tidur.

PS: Hisap vape tak boleh panaskan badan ya.

Image via TSG #KasiJadi

14. Kaum hawa yang tak reti masak, apa yang perlu anda buat?

Lumrah menjadi hikers wanita untuk membantu di dapur semasa orang memasak, tidak kira sama ada anda reti masak atau tidak. Yang mana tak reti tu, rajin-rajinlah bertanya dan jangan takut untuk mencuba.

15. Bila kaum lelaki suruh kaum wanita mandi dulu, janganlah ambil masa terlalu lama seperti mandi di rumah

Itu tanda hormat kaum lelaki kepada kaum wanita. Masing-masing akan rasa melekit dan busuk. Jadi, gunakanlah masa itu sebaiknya. Kesian kaum lelaki.

Yang penting, perlulah give and take, and respect each other. Barulah pengalaman hiking jadi seronok!

Image via SAYS

So, selamat hiking semua!

Kredit: Anastasia Azlan
Facebook dan Instagram
No telefon: +6011-16666 827

National Outdoor Adventure (NOA) :
Facebook, Instagram dan Twitter.
Email: [email protected]

Mountain guide / teambulding / outdoor instructor
Qualified in providing services in ecotourism industry

Follow kami di Instagram @tsgkasijadi untuk lebih banyak adventure dan gambar-gambar yang WOW!

TSG #KasiJadi adalah sekumpulan sahabat yang tak henti-henti berkeliaran. Mana kami mahu pergi, kami kasi jadi!

Lihatlah betapa cantiknya bumi Mersing yang masih virgin dan tak popular. Kami dah pergi dua kali!

You may be interested in: