Dipenjara Sejak 1983, Banduan Seumur Hidup Akhirnya Bebas Dapat Pengampunan Sultan Johor
Alhamdulillah, semoga terus istiqomah dan dipermudah urusan.
Setiap banduan di penjara mempunyai kisah hidup masing-masing
Ada yang memang melakukan jenayah dan perlu mendapat hukuman setimpal seumur hidup. Namun, ada juga yang dianiaya dan menjadi mangsa fitnah dunia.
Apa-apa pun, setiap apa yang berlaku dalam hidup ini pasti ada hikmah dan pengajarannya. Jika kita mendapat balasan, sudah tentu lama-kelamaan akan ada ganjaran yang lain.
Baru-baru ini, tular mengenai seorang banduan Indonesia yang dipenjara di Malaysia selama 40 tahun telah dibebaskan telah mendapat perhatian ramai.
40 tahun dalam penjara, akhirnya bebas lepas dapat pengampunan Sultan Johor
Setelah 40 tahun menghabiskan hayat dalam kurungan, 22 Mac lalu menjadi tarikh keramat buat Jamil Wahab, 63 tahun setelah mendapat pengampunan daripada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
Menurut sumber, Jamil yang mesra disapa Pak Jamil Hayat merupakan banduan paling lama di negara ini. Dia kini bebas dan dapat kembali ke kampung halamannya di Kampung Guang, Keliwang, Sembawa di Indonesia.
Tak terfikir ada peluang untuk bebas, tumpu buat ibadah sepanjang di penjara
"Bila saya tahu dapat pengampunan pembebasan, saya tidak percaya kerana saya sedia maklum berkenaan hukuman sepanjang hayat di penjara. Masa tahun 2012, ada pengampunan beramai-ramai di Johor dengan banduan paling lama adalah 37 tahun sedangkan waktu itu saya 29 tahun. Terus saya kata dalam hati, saya takkan ada peluang"
"Saya fikir akan mati di dalam penjara sahaja dan tidak mempedulikan apa yang akan berlaku dalam dunia ini. Saya ingat mati nanti apa yang saya akan bawa, jadi tumpu untuk beribadah"
"Pagi semalam ketika tuan pengarah beritahu saya dapat pengampunan, saya hanya masuk telinga kiri keluar telinga kanan," katanya.
Syukur diberi peluang untuk menghabiskan sisa hidup di kampung halaman, namun jauh dari sudut hati berat untuk tinggalkan penjara
Penjara mengajar Jamil menjadi seorang pekerja mahir dalam bidang jahitan di mana sehingga kini, dia telah menghasilkan ribuan baju Melayu dan blazer untuk pegawai penjara.
Sebelum dipindah ke Penjara Taiping dari Penjara Johor Bahru, Jamil mengutip pengalaman dari bengkel rotan menghasilkan perabot seperti kerusi dan meja.
Jamil memimpin jemaah lain bersolat termasuk solat Hari Raya. Dia juga sempat menasihati anak muda agar jangan mensia-siakan waktu muda dan berpegang teguh kepada ajaran agama agar sentiasa terhindar daripada melakukan perbuatan yang tidak baik.
Seteruk mana pun seseorang itu, kita sebagai manusia biasa jangan terlalu cepat judge sebab kita pun belum tentu diberikan pengakhiran hidup yang baik :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!