seismik

Diskaun 50% Untuk MRT, LRT, Monorel, Dan BRT Sehingga 31 Ogos Ini

#JomNaikMRT

Cover image via Khairull Azry Bidin/NST

Sempena perasmian Mass Rapid Transit (MRT) pagi tadi, diskaun tambang 50 peratus akan diberikan kepada semua penumpang sehingga 31 Ogos 2017

Image via MRT Malaysia

Bukan sekadar MRT, diskaun tambang 50% turut boleh dinikmati oleh penumpang Transit Aliran Ringan (LRT), Monorel, dan Bus Rapid Transit (BRT) bermula esok, 18 Julai 2017.

Penumpang BRT turut nikmati diskaun tambang 50%.

Image via SPAD

Diskaun ini diberikan sempena kejayaan MRT yang siap dibina dua minggu lebih awal dan kejayaan mengurangkan kos pembinaan sebanyak RM2 bilion

Image via MRT Malaysia

Dalam ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Majlis Pelancaran MRT Sungai Buloh-Kajang (MRT SBK) Fasa Kedua di Stesen MRT Tun Razak Exchange (TRX), pagi tadi, beliau berkata Projek MRT ini menelan kos sebanyak RM21 bilion, kurang RM2 bilion daripada jangkaan awal berjumlah RM23 bilion.

"Projek MRT yang pada awalnya dijangka menggunakan dana berjumlah RM23 bilion berjaya dikurangkan kepada RM21 bilion.

"Projek fasa pertama dilancarkan pada 16 Disember tahun lalu ternyata berjaya membawa perubahan ketara kepada rakyat apabila 160,000 kereta berjaya dikurangkan di jalan raya setakat ini," katanya.

Image via MRT Malaysia

Selain itu, 130,000 peluang pekerjaan berjaya diwujudkan pada fasa pertama termasuk 70,000 secara langsung

"Pada peringkat awal, kita juga menyediakan 41 ruang perniagaan dan akan ditambah lagi dalam masa akan datang.

"Stesen yang kita ada adalah antara terbaik di dunia dan kita boleh berbangga dengan pencapaian ini," katanya lagi.

Stesen Merdeka.

Image via MRT Malaysia

Stesen Bukit Bintang.

Image via MRT Malaysia

MRT jajaran Sungai Buloh-Kajang akan beroperasi sepenuhnya pada Isnin, 17 Julai 2017 bermula jam 4 petang

Terdapat 31 stesen di sepanjang jajaran sepanjang 51 kilometer ini, di mana tujuh adalah stesen bawah tanah sepanjang 9.5 kilometer.

Image via MRT Malaysia

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Jom tinjau 7 stesen MRT bawah tanah yang sememangnya bertaraf dunia!

You may be interested in: