seismik

Didakwa Jatuhkan Maruah Dan Buka Aib Peniaga Berkopiah, Dato' Aliff Syukri Mohon Maaf

Fuuhh. Panas!

Cover image via Aliff Syukri Terlajak Laris

Masing-masing mungkin sudah pun sedia maklum mengenai rancangan realiti berjudul 'Oh Abang Kosmetik' yang memaparkan sisi kehidupan Dato' Aliff Syukri

Image via Mr K/YouTube

Oh Abang Kosmetik bersiaran setiap Isnin jam 9.30 malam di saluran Astro Ria 104 dan HD 123.

Rancangan ini mengisahkan kehidupan peribadi Dato' Aliff Syukri atau lebih popular dengan gelaran 'Abang Terlajak Laris' serta bagaimana beliau menguruskan kehidupan sehariannya sebagai seorang suami, bapa, dan juga usahawan kosmetik.

Nak dijadikan cerita, orang ramai tiba-tiba mula mengkritik dan mencemuh terhadap satu babak dalam episod ketiga rancangan tersebut yang telah bersiaran pada dua hari lepas

Dalam episod berkenaan, terdapat satu babak di mana Dato' Aliff melakukan satu social experiment dengan menyamar sebagai seorang warga tua peminta sedekah di jalanan. Babak itu menunjukkan dirinya telah dilayan dengan agak biadap oleh seorang peniaga berkopiah.

Menurut Dato' Aliff, beliau hanya meminta satu kopiah sahaja untuk disedekahkan, tetapi beliau menerima layanan buruk dan dihalau daripada kedai tersebut oleh peniaga berkopiah berkenaan.

Image via Mr K/YouTube

Video ini menjadi viral serta-merta di media sosial dan menerima ratusan respon daripada netizen. Ramai orang merasakan babak tersebut tidak sepatutnya ditayangkan.

Sebabnya, yang menjadi masalah di sini ialah pihak produksi bertindak untuk mendedahkan identiti peniaga berkopiah berkenaan.

Boleh lihat video penuh di bawah:

Video viral ini tidak semena-mena telah mengaibkan peniaga berkopiah tersebut, pada masa yang sama turut menjejaskan perniagaan beliau

Peniaga itu, yang menggunakan nama Jebat Derhaka di Facebook telah meninggalkan komen dan memuat naik status bagi menceritakan perkara sebenar kepada umum.

Menerusi posting yang dimuat naik, jelas sekali beliau berasa amat kecewa dengan tindakan Dato' Aliff yang tidak menceritakan hal sebenar yang berlaku di tempat kejadian.

Menurut beliau, Dato' Aliff hanya meminta satu kopiah tetapi kemudian mengambil tiga kopiah. Beliau sebagai peniaga mempunyai hak untuk mempertahankan barang jualannya daripada dicuri. Tambah beliau lagi, beliau tidak ada sekali pun menghalau Dato' Aliff daripada premis perniagaannya.

Baca komen dan status Jebat Derhaka di bawah:

"Selama hampir 10 tahun saya berniaga, ini kali pertama saya telah diaibkan sehingga sedemikian rupa."

Komen daripada orang ramai pun tidak kurang pedasnya...

Masing-masing mempertahan tindakan peniaga berkopiah tersebut dan mengecam perbuatan Dato' Aliff yang dilihat seperti sengaja mengaibkan orang.

Menyedari kesilapan, Dato' Aliff Syukri dengan serta membuat permohonan maaf melalui satu video yang dimuat naik oleh beliau malam tadi

Dalam video tersebut, Dato' Aliff berkata beliau hanya mengikut tuntutan produksi untuk melakukan eksperimen berkenaan dan tidak menyangka perkara itu akan menjadi besar. Beliau mengaku salah dan menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua pihak, terutama kepada peniaga berkopiah tersebut.

Saksikan video permohonan Dato' Aliff di bawah:

Assalamualaikum. Saya mengambil kesempatan ini, untuk membuat permohonan maaf secara terbuka atas apa yang telah terjadi.
Terutama sekali kepada Saudara penjual Kopiah yang tersinggung dengan kenyataan saya dalam rancangan tersebut.
.
.

Saya juga ingin mengucap berbanyak-banyak terima kasih kepada anda semua atas teguran yang membina.
Saya ambil ini sebagai pengajaran untuk diri saya.
Saya juga berharap agar anda semua terus menyokong saya kerjaya saya dan menyokong program ini. Sekali lagi saya ingin memohon maaf pada semua yg terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
.
.

Yang baik itu datang daripada Allah, dan yang kekurangan itu datang dari diri saya sendiri.

Saya amat hargai sokongan moral anda semua.
Terima kasih. Salam sayang dari #ohabangkosmetik sory saya lambat respon saya tak perasan jadi viral sebab tengah shooting filem badang seharian

Posted by Aliff Syukri Terlajak Laris on Tuesday, January 24, 2017

Nampaknya, kenyataan maaf itu disambut baik. Ramai orang memuji sikap Dato' Aliff yang berani tampil memohon maaf dan mengaku kesilapan sendiri secara terbuka.

Malah, peniaga berkopiah tersebut turut menerima permohonan maaf daripada Dato' Aliff Syukri serta menganggap kontroversi ini telah pun selesai

PENERIMAAN PERMOHONAN MAAF SECARA TERBUKA DARI DATO ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS BERHUBUNG KOMEN NEGATIF YANG DISIARKAN DALAM RANCANGAN #ohabangkosmetik

Alhamdulillah, setinggi tinggi syukur sy panjatkan ke hadrat Allah s.w.t di atas penyelesaian yg telah diberikan oleh Nya.

Tidak kira bagaimana dan apa cara sekalipun permohonan maaf tersebut dibuat, sy menerima nya dgn hati yg terbuka.

Sy bersyukur nama & maruah sy telah di bersihkan. Saya selaku individu & pemilik gerai kopiah tersebut tidak mempunyai sebarang niat utk menjatuhkan mana mana pihak dengan penyiaran kenyataan balas tersebut di media sosial. Kenyataan balas tersebut sy siarkan semata mata untuk menceritakan keadaan sebenar spnjang rakaman tersebut dijalankan dan untuk membersihkan nama saya.

Sehubungan dengan permohonan maaf yg telah di buat oleh pihak dato, sy beranggapan perkara ini telah pn selesai. Oleh itu sy menyeru kepada para pelayar layan sosial agar tidak lg menimbulkan komen2 yg berbentuk provokasi, menghina, mencemuh atau pn melakukan serangan peribadi keatas mana mana pihak mahupn ke atas page/fb individu yg terlibat.

Sebagai manusia sy pasti tidak ada sesiapa yg terlepas dr melakukan kesilapan, Alhamdulillah doa sy telah dimakbulkan Allah agar pihak dato @ melalui wakilnya tampil membuat permohon maaf.

Image via Mr K/YouTube

Sy juga menganggap permohonan maaf ini sebagai hadiah paling besar kurniaan Allah bersemperna ulang tahun kelahiran sy yg ke 34 pada hari ini.

Apa yg terjadi boleh dijadikan pengajaran kepada semua pihak yg terlibat secara langsung mahupn tidak.

Sy mengakui sebagai manusia biasa juga sy amat terkesan dgn komen yg diutarakan & serta ia turut memberi tekanan kepada sy. Sy amat bergantung kepada hasil pendapatan perniagaan tersebut yg cuma dijalankan sekali seminggu utk digunakan sabagai pendapatan tambahan bagi menampung perbelanjaan harian dan membantu ahli keluarga & ibu saya.

Dengan penjelasan yg sy berikan, diharap dpt menerangkan mengapa sy amat terkesan dgn komen yg diutarakan.

Sy juga berharap tidak ada lagi komen yg boleh manjatuhkan air muka mana mana pihak dimuat naik ke laman sosial. Sy juga mengucapkan jutaan terima kasih kpda semua yg mendoakan dan memberi sokongan moral kepada sy.

Dengan lafaz ukwah fillah lillahita'ala sy dengan ini menerima permohonan maaf dari Dato' Aliff Syukri.

Sekian,

Jebat Derhaka
25 januari 2017 @ 6 am

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagu Aiman Tino pun panas juga:

You may be interested in: