seismik

“Aku Nak Bunuh Kau!” - Wanita Diugut Bunuh Oleh Remaja 22 Tahun Hanya Kerana 'Left Group'

Siap nak bawak geng-geng motor lagi tu!

Cover image via SAYS via Twitter @HarapanMusnah

Zaman sekarang ni, left group pun boleh buat gaduh

Ada tak mana-mana group di WhatsApp yang anda rasa anda nak keluar, tapi tak boleh, sebab risau akan ada pihak yang tersinggung? Mesti ada.

Walaupun bunyinya sangat remeh, tapi perkara ini tetap boleh berlaku.

Baru-baru ini, seorang individu telah diugut bunuh oleh seorang remaja berusia 22 tahun hanya kerana meninggalkan group

Bayangkan, left group pun boleh sampai diugut bunuh. Bukan setakat dirinya tetapi termasuk ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Tak masuk akal betul!

Baca perbualan di bawah:

Remaja berkenaan dikatakan telah menghantar mesej secara peribadi kepada individu yang meninggalkan group tersebut kerana tidak puas hati gara-gara meninggalkan group sesuka hati tanpa sebab yang munasabah.

Bukan itu sahaja, perbualan berbaur ugutan ini menjadi lebih teruk apabila mangsa telah diugut untuk di-‘trace’ melalui telefon.

Remaja berkenaan turut berkata dia tidak takut dengan sebarang tindakan yang bakal diambil contohnya jika mangsa berniat untuk membuat laporan polis sekali pun.

“Budak-budak motor aku kat depan rumah kau. Aku bawa 400 orang je.”

Bengang dengan tindakan mangsa yang dikatakan tidak melayan ugutannya dengan serius, remaja itu telah mengugut untuk lebih menakutkan mangsa dengan (kononnya) menghantar 400 orang geng motor untuk mengambil nyawa mangsa sekeluarga.

Pelik betul. Kenapa nak marah sangat bila ada orang left group? Sampai ugut nak bunuh mak ayah!

“Jangan sampai aku bunuh keluarga kau hidup-hidup”. Itu kata-kata yang keluar daripada remaja terbabit.

Namun begitu, tidak pasti dengan apa yang terjadi, remaja berkenaan tiba-tiba meminta maaf, merayu-rayu, dan berjanji untuk melakukan apa saja untuk memulihkan keadaan

Sudah terhantuk baru terngadah, remaja itu tidak henti-henti menghantar mesej maaf dan merayu-rayu kepada mangsa supaya mengampunkan kesalahannya sebelum ini. Dia juga berjanji untuk tidak buat lagi.

Mangsa tidak meminta banyak, cukup sekadar remaja itu membuat permohonan maaf secara terbuka di dalam WhatsApp group dan juga di Facebook

Tetapi, remaja terbabit yang dikenali sebagai Aliff tampak seperti berdolak dalih apabila disuruh untuk membuat permohonan maaf secara terbuka oleh mangsa.

P/S: Emmm, bukan ke dia cakap dia sanggup buat apa saja? Takkan nak suruh minta maaf kat FB pun tak boleh buat kot.

Banyaknya kes ugut sekarang ni, hati-hati ya semua!

Kanak-kanak ini telah meninggal akibat ditimpa kerusi pejabat daripada tingkat 21

You may be interested in: