seismik

Gadis Ajar DIY Inai Dengan 3 Bahan Saja. Dijamin Halal & Paling Penting Boleh Bawa Solat!

Menurut Rosdiana Dian, modal membuat inai ini tidak sampai RM3 pun!

Cover image via Facebook Rosdiana Dian

Kadang-kadang rasa geram je bila tengok kuku orang lain pakai pewarna kuku. Nampak cantik sangat!

Nak pakai nail polish, takut tak boleh bawa solat pula. Walaupun ada jenama yang claim ianya halal dan boleh dipakai ketika solat, tapi hati masih ragu-ragu.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Face to Feet

Nak pakai daun inai, ianya sukar untuk dicari dan proses membuatnya juga agak leceh. Daun inai perlu hancur betul dan warna yang terhasil selalunya tidak begitu merah tapi lebih kepada warna jingga atau oren.

Inai instant ada sahaja di kedai-kedai India tapi bila difikirkan semula, kenapa perlu beli jikalau boleh membuatnya sendiri dengan mudah di samping dengan harga yang jauh lebih murah?

Seorang gadis bernama Rosdiana Dian telah berkongsikan cara membuat inai homemade dengan modal tak sampai RM3 pun.

Dan paling penting, boleh bawa solat!

Menerusi perkongsian di laman Facebook yang dibuat pada tahun 2017, Rosdiana telah menunjukkan cara-cara membuat inai dengan menggunakan hanya 3 bahan sahaja.

Cara untuk membuatnya ternyata sangatlah cepat dan mudah. Malah, hasilnya juga akan menjadikan inai itu tampak lebih merah, cantik, serta tahan lama.

Jom baca perkongsian penuh di bawah!

Hi semua,

Mak nak share inai homemade yang Mak buat siang tadi. Actually you all boleh juga tanya Pakcik Google. Cuma resepi ni Mak dapat dari kawan Mak.

Mungkin lain orang lain bahannya. Modal tak sampai 3 ringgit.

3 bahan-bahan asas:

1. Kapur sireh/kapur makan tu. Ini paling utama. Takde ni maka pewarna tak boleh serap dalam kuku (sukatan hujung sudu kecil). Sikit secoet ja. Jangan banyak-banyak takut panas, kang sakit pulak kuku tu Mak tak jamin.

Ini kapur sireh. Boleh beli kat kedai runcit. Takpun try jengah kat dapur kome. Mesti ada punya la. Bukan nak pakai banyak pun. secoet ja.

Image via Facebook Rosdiana Dian

Agak-agak gini la sukatan kapur sireh tu tadi. Jangan banyak sangat kang lain jadinya.

Image via Facebook Rosdiana Dian

Bukan kapur kasut tau tau tau. Ni ha, kapur sireh atau dikenali sebagai kapur makan.

Image via Facebook Rosdiana Dian

2. Sabun mandi yang jenis ketul/buku (sukatan 2cm persegi). Atau, sabun Axion pun boleh. Ada orang pakai sabun Axion atau brand lain janji bentuk pes tu. Jangan yang cecair tu tau (kalau Axion dalam sukatan 1 sudu besar).

Besar tu ja sabun mandi Mak pakai. Dalam ukuran 2cm persegi. Mak pakai sabun yang dapat dari hotel-hotel (mujur ada), sebab rumah mak pakei sabun gemuk. Axion pun takde. Basuh pinggan pakai yang cecair. Mak parut pakai gunting je.

Image via Facebook Rosdiana Dian

Ni la hasil sabun mandi yang Mak dah siap parut tadi.

Image via Facebook Rosdiana Dian

3. Pewarna makanan kaler ceri merah. Ada yang pakai sirap, ikutlah nak warna apa pun oren, purple, hijau, coklat ke, hitam ke. Siapa berani nak kuku kaler-kaler leh try. Jangan yang kordial tau. Itu tak boleh, lain jadinya karang. Agak-agak sukatan setengah atau sebotol ikut kepekatan).

Ini la pewarna makanan yang Mak pakai. Pewarna ceri merah cap Bunga Rose. Harga dalam RM2.50. Ada juga yang pakai sirap. Tak kisah la uolls nak kaler apa pun. Ungu ke. hijau ke. hitam coklat ke. Mak tak rela pulak nak kaler hijau. Tapi jangan yang jenis kordial tu tau. Naiya ja kang tak jadik.

Image via Facebook Rosdiana Dian

Cara-cara bancuhan:

1. Campur semua 3 bahan asas ke dalam mangkuk dan adun hingga sebati. Boleh adjust ikut kelikatan dan kecairan hasil. Toksah campur air tau.

Ni struktur bancuhan 3 bahan asas tadi.

Image via Facebook Rosdiana Dian

Ni hasilnya. Dapat se-tupperware kecil.

Image via Facebook Rosdiana Dian

2. Kemudian sapu rata di kuku pakai putik kapas yang saiz kecil. Biarkan 20-30 minit, ala-ala kering. Kemudian cuci bersih-bersih.

Mak pakei putik kapas yang kecil tu ha.

Image via Facebook Rosdiana Dian

Ni tangan kiri mak. Rasa kemas ja.

Image via Facebook Rosdiana Dian

Dapat tangan kanan. Jenuh, comot, sebab Mak bukan lefthanded. Tapi toksah bimbang. Bior comot terkena kulit pun, sebab yang kat kulit boleh hilang, yang kat kuku ja kekal hingga kuku dipotong.

Image via Facebook Rosdiana Dian

Hasilnya!

Image via fbcdn.net

Ni hasilnya. Semoga terinspirasi buat uolls. Mak buat ni sebab stok inai Mak dah habis. Inai dari Mekah tuari pun ilek. Dah la Mak memang inai tak putus dijari. Sentiasa pengantin baru ler katakan.

Lagi satu yang beli kat kedai tu tak tahan lama. Kejap ja pudar. Nak cari daun inai nak tumbuk-tumbuk jenuh ler pulak. Maka, terhasil laa inai moden nih.

Lagi satu, yang paling penting boleh bawa solat. Sebab warna menyerap ke dalam kuku. Bukan hanya sekadar menutup permukaan kuku macam kuitik tu (betul ke Mak eja). Tak caya lepas pakai try ler kikis. Boleh ke idok.

Selamat mencuba!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi projek DIY yang korang boleh buat!

You may be interested in: