Bengang 'Neckline' T-Shirt Kegemaran Anda Dah Regang? Ini Cara Perbaikinya Ke Bentuk Asal!

T-shirt lama anda kini akan kelihatan seperti baru beli!

T-shirt adalah pakaian yang paling simple dan disukai ramai

T-shirt atau kemeja-T merupakan pakaian asas yang paling ringkas untuk digayakan dan ia menjadi pilihan lelaki serta wanita yang ingin tampil ringkas dan tidak keterlaluan.

Image via Maskulin

Meskipun tampak mudah, namun ada caranya untuk jadikan pakaian ringkas ini kelihatan lebih menarik dan tidak membosankan. Bukan hanya digayakan pada acara santai, T-shirt juga boleh dipakai untuk acara yang bertemakan smart & casual. Hanya perlu bijak menggayakan ia dengan blazer, jeans, dan kasut yang bersesuaian.

Image via Google

Image via Google

Tapi satu masalah tentang T-shirt ialah ianya mudah rosak. Lebih-lebih lagi pada bahagian garisan leher atau neckline T-shirt yang mudah meregang atau stretched out.

Nak buat macam mana? Neckline meregang pada T-shirt adalah satu benda yang tidak dapat dielakkan.

Lebih-lebih lagi pada T-shirt yang diperbuat daripada kapas.

Apabila neckline sudah meregang, kita pun memilih untuk tidak memakai T-shirt itu lagi. Meskipun itu adalah T-shirt kegemaran kita.

Kalau nak pakai juga, hanya ketika berada di rumah. Nak pakai di luar, buruk rupanya. Nak buang, sayang lah pula.

Disebabkan itu, banyak T-shirt lama kita yang kini sekadar mengisi ruangan bahagian belakang almari. Dah tak pakai T-shirt lama, beli pula T-shirt baru. 

Lama-lama, almari pun penuh!

Haa.. Sebenarnya ada cara untuk mengelak kesemua masalah ini daripada berlaku.

Apakah caranya? Mudah, baiki sahaja T-shirt lama kita!

Menurut satu portal Taiwan, TEEPR, seorang pakar dari perkhidmatan dobi popular, Nexcy, telah muncul di sebuah rancangan Jepun, ZIP! berkongsikan tips dan petua mengekalkan neckline T-shirt, selain membaiki T-shirt lama anda!

Dia juga menjelaskan bahawa neckline T-shirt meregang bukan hanya disebabkan oleh pemakaian secara berulang, tetapi ia juga mempunyai banyak kaitan dengan cara anda mengeringkan T-shirt tersebut selepas membasuhnya. 

Misalnya, apabila anda menggantung T-shirt menggunakan hanger, kelembapan dan berat di bahagian bawah T-shirt akan menarik T-shirt berkenaan menyebabkan ianya meregang, lebih-lebih lagi pada bahagian neckline.

Untuk membaiki T-shirt anda, sediakan:

  1. Satu mangkuk kiub ais diisi dalam air sejuk;
  2. Seterika; dan
  3. Meja atau permukaan rata untuk meletakkan t-shirt kegemaran anda

Untuk membaiki T-shirt lama anda, anda hanya perlu mengikuti empat langkah mudah ini:

LANGKAH SATU: Lipat neckline dalam bentuk 'kipas' dan rendam bahagian tersebut ke dalam mangkuk kiub ais

LANGKAH DUA: Perah air sambil pastikan neckline T-shirt masih dalam bentuk lipatan kipas

... Kemudian letakkan T-shirt di atas permukaan rata. Ratakan neckline dan gosokkannya menggunakan jari secara menegak (sejajar dengan panjang baju)

LANGKAH TIGA: Seterika bahagian neckline menghala ke arah atas T-shirt

PENTING: Pastikan T-shirt itu tidak kering sepenuhnya kerana anda perlu seterika T-shirt yang masih dalam keadaan lembap.

LANGKAH EMPAT: Letakkan T-shirt pada permukaan rata sehingga kering...

... Dan selesai! Neckline T-shirt sudah kembali ke bentuk asal dan kini T-shirt juga kelihatan baru!

Lihat gambar sebelum dan selepas seperti yang ditunjukkan oleh pakar dobi di bawah:

Amacam, best tak?

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment