Doktor Ini Ajar 4 Langkah Pasang Semula Gigi Yang Tercabut Tanpa Perlu Ke Klinik
Yang penting, jangan panik.
Memang ada jenis orang dalam dunia ini bergusi lembut dan gigi mudah tercabut, apatah lagi jika individu itu sukakan aktiviti lasak
Tetapi ramai yang tak tahu bahawa gigi yang tercabut sebenarnya boleh diguna dan dipasang semula, jika dikendali dengan cara yang betul
Dengan syarat, gigi tersebut bukan patah atau sumbing, sebaliknya memang terkeluar sebijik dari soket gusi.
Seorang doktor pergigian, Dr Ainaa Nadia menceritakan pengalaman ibu kepada seorang pesakitnya ketika gigi anaknya itu tercabut ketika bermain di taman permainan
"Baru-baru ini, ada seorang patient berumur 13 tahun datang bersama ibunya. Sejurus masuk, ibunya terus hulurkan sebatang gigi yang dibalut dalam tisu."
"Bila diperiksa, boleh nampak dengan jelas gigi depan adik ini dah hilang sebatang. Bukan gigi patah atau gigi sumbing ya, giginya memang sebiji 'terkeluar' dari soket gusi."
"Ceritanya, si anak terjatuh di taman permainan semalam dan giginya 'terkeluar'. Dia kutip gigi itu, dan terus bawa balik ke rumah. Di rumah, ibunya cuci gigi itu dengan air paip dan Colgate, dan balut dalam tisu untuk semalaman. Keesokan harinya baru datang ke klinik untuk dapatkan rawatan," ujar Dr Ainaa.
Menurut Dr Ainaa, tindakan ibu tersebut ketika mengendali gigi anaknya yang tercabut itu sebenarnya salah. Sebaliknya, ini 6 langkah yang perlu anda buat kalau gigi anda atau anak anda tercabut:
1. Kutip gigi yang tercabut itu dengan segera.
2. Pegang gigi pada bahagian 'kepala gigi yang berwarna putih'. Jangan sesekali pegang pada bahagian akar gigi!
3. Kalau kotor, lalukan gigi di bawah aliran air sejuk bersih selama 10 saat dan cuba masukkan balik gigi ke dalam soket gusi.
4. Kalau gigi boleh dimasukkan, ambil sapu tangan bersih dan gigit sekuat-kuatnya.
5. Kalau tak berjaya masukkan gigi, terus rendam gigi itu dalam air liur (air liur sesiapa sahaja) atau susu segar (fresh milk, bukan susu sejat atau susu pekat!)
6. Terus pergi ke klinik untuk rawatan, seelok-eloknya dalam masa 30 minit. Jangan tunggu esok baru nak jumpa doktor.
Kaedah ini dinamakan tooth avulsion dalam bidang perubatan pergigian.
Kata Dr Ainaa lagi, jika gigi yang tercabut itu di*handle* dengan cara yang betul, doktor boleh letakkan kembali gigi itu ke dalam soket gusi dan pasang 'besi sementara' untuk stabilkannya
Kemudian, doktor akan buat rawatan akar dan pantau gigi tiu dalam masa 6 minggu. InsyaAllah, gigi tersebut boleh berfungsi semula sepenuhnya selepas itu.
Info berguna dari Dr Ainaa Nadia itu setakat ini telah mendapat lebih 4,300 perkongsian sejak dimuat naik semalam
Jadi para ibu atau bakal ibu, jika gigi anak anda tercabut, jangan panik. Simpan gigi itu dan segera ke klinik gigi berhampiran.