x

seismik

Dua Beradik Perempuan Didera Keluarga Angkat, Cedera Pada Badan Dan Luka Pada Kemaluan

Kedua-dua mangsa adalah anak angkat yang diambil daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak Mei 2015.

Cover image via offsite.com.cy

Dua beradik perempuan menerima nasib malang apabila didera secara fizikal dan seksual oleh keluarga angkat di Sungai Bayor, Selama, Perak Isnin lalu

Penderaan terhadap dua kanak-kanak perempuan yang berumur 5 dan 6 tahun itu, dikesan oleh pihak Klinik Kesihatan Sungai Bayor sewaktu membuat pemeriksaan kesihatan terhadap mereka di tadika di kawasan berkenaan.

Seorang wanita berusia 44 tahun (ibu angkat mangsa), serta remaja perempuan berusia 15 tahun dan remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Image via Facebook

Menurut, Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superintendan Loo Lian Lai jururawat yang memeriksa kanak-kanak berkenaan menemui kesan kecederaan lama di tangan mangsa berusia lima tahun dan kecederaan di belakang seorang lagi mangsa serta kesan parut lama disyaki dirotan

"Kedua-dua kanak-kanak itu dalam jagaan pihak keluarga angkat dan mangsa juga didapati dalam keadaan trauma.

"Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa adalah anak angkat yang diambil daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak Mei 2015," katanya ketika dihubungi

hmetro.com.my

Katanya lagi, mangsa dibawa ke Hospital Selama untuk pemeriksaan dan hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan rotan, dicucuh bara rokok di bahagian badan dan kesan cubitan serta luka pada kedua-dua kemaluan mangsa dan juga kesan kemasukan pada kemaluan.

Kedua-dua mangsa kini dirujuk ke Hospital Taiping untuk pemeriksaan lanjut oleh pakar.

Sumber: Harian Metro.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Hangat di SAYS: