seismik

Elak 'Kantoi' Dengan Keluarga, Ibu Tergamak Campak Anak Baru Lahir Dari Tingkat 4 Bangunan

Bayi tersebut dikatakan telah dilahirkan pada jam 7 pagi tadi.

Cover image via Info Kemalangan dan Jenayah / Facebook

Seorang wanita sanggup mencampak bayi perempuannya yang baharu sahaja dilahirkan dari tingkat empat rumah yang didiaminya, hari ini

Click to Reveal
Hide
Image from Info Kemalangan dan Jenayah / Facebook
Image via Info Kemalangan dan Jenayah / Facebook

Kejadian yang berlaku di Flat Persiaran Mayang Pasir 5, Bayan Baru, Georgetown itu disedari oleh seorang penghuni flat pada jam 8 pagi selepas terdengar bunyi dentuman kuat di luar rumahnya.

Individu itu kemudiannya menemui sebuah beg yang mengandungi bayi cukup sifat yang masih bernyawa dan bertindak menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Susulan laporan itu, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian bersama kakitangan Klinik Kesihatan Bayan Baru untuk membuat pemeriksaan lanjut

Memetik laporan, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan A A Anbalagan berkata sebaik sahaja tiba di lokasi, pihaknya mendapati bayi perempuan tersebut masih dalam keadaan bernyawa.

"Ketika tiba di lokasi mendapati bayi perempuan itu ditemui dalam keadaan masih bernyawa di bahagian kawasan terbuka (bawah) flat terbabit.

"Polis kemudian mengenal pasti rumah suspek dan membawa dia bersama bayinya ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan," katanya.

Anbalagan berkata, soal siasat ke atas suspek berusia 18 tahun itu mendapati, dia mengaku melahirkan bayinya pada 7 pagi di dalam tandas rumah tanpa pengetahuan ahli keluarganya

Suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai itu dikatakan panik dan bertindak membuang bayi malang tersebut dari tingkat empat melalui balkoni rumahnya bagi mengelak dari diketahui ahli keluarga yang lain.

Menurut Anbalagan, suspek telah merahsiakan kandungannya daripada ahli keluarga dan mendedahkan bapa kepada bayi itu adalah teman lelakinya yang sebaya dengannya. Susulan itu, pihak polis kini giat mengenal pasti teman lelaki suspek.

"Ibu bapa kepada suspek dikatakan berada di Kelantan, manakala adik-beradik yang tinggal bersama suspek tidak menyedari kejadian ini.

"Ketika ini, doktor sedang melakukan pemeriksaan lanjut untuk mengetahui keadaan bayi terbabit kerana terdapat pendarahan pada kepala," katanya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Artikel berkaitan:

You may be interested in: