seismik

Erra Fazira Tamatkan Perkahwinan 6 Tahun Dengan Penceraian Kedua

Perkahwinan 6 tahun Erra Fazira bersama Engku Emran kini berakhir dengan penceraian.

Cover image via mlp.my

Spekulasi Berakhir. Erra Fazira Akhirnya Diceraikan Dengan Talak Satu Oleh Engku Emran

Image via blogspot.com

Spekulasi mengenai rumah tangga pelakon popular, Erra Fazira terjawab apabila suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidil, 39, melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini.

sinarharian.com.my
Unsupported video platform

Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain mengesahkan lafaz dibuat Engku Emran itu selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah secara baik.

rotikaya.com

Erra Kelihatan Tenang Ketika Engku Emran Melafazkan Cerai Talak Satu

Image via abnxcess.com

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik, 40, kelihatan tenang manakala Engku Emran, 39, sebak ketika melakukan lafaz tersebut.

myartis.com

Walaupun dikatakan tenang ketika Engku Emran melafazkan cerai, namun jauh di sudut hati, tiada siapa tahu apa yang dirasai oleh ibu kepada Engku Aleesya ini.

mynewshub.my

“Gelora, berkecamuk, tenang atau tidak tenang, itu dalaman kita. Orang tak boleh adili apa yang saya rasa kerana saya lalui perkara ini dengan cara saya sendiri. Jangan anggap saya kuat kerana orang tak tahu apa yang tersimpan di dalam hati saya. Apa yang boleh saya katakan, berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikulnya,” tutur Erra.

mynewshub.my

Erra Fazira Dan Engku Emran Mendedahkan Mereka Sudah Tidak Tinggal Sebumbung Sejak Setahun Enam Bulan Lepas

Image via blogspot.com

Pelakon filem Sembilu itu atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 40, diwakili oleh Ahmad Nazib Johari memfailkan permohonan penceraian dan hak penjagaan anak itu pada 17 Februari 2013 masing-masing mengikut Seksyen 47 dan Seksyen 82 Enakmen Undang- Undang Keluarga Selangor 2003.

sinarharian.com.my

Erra Fazira Dan Engku Emran Berkahwin Pada 25 Oktober 2007 Dan Dikurniakan Seorang Anak Perempuan, Engku Aleesya, 5.

Erra Fazira bersama anaknya, Aleesya

Image via rotikaya.com
Image via blogspot.com
Image via blogspot.com

Hak Penjagaan Anak Diberikan Kepada Engku Emran

Engku Emran bersama Aleesya

Image via karangkraf.com

Permohonan hak penjagaan anak diberikan kepada Engku Emran dan hak bermalam serta lawatan bersama diberikan kepada Erra Fazira diluluskan apabila kedua-dua pihak bersetuju mengenainya.

sinarharian.com.my

Mahkamah turut meluluskan permohonan plaintif (Erra Fazira) untuk tidak membuat sebarang tuntutan nafkah edah dan mutaah.

sinarharian.com.my

SAYS Team Turut Bersimpati Dengan Nasib Yang Menimpa Erra Fazira Sekeluarga. Apa-Apa Pun, Semoga Erra Mendapat Kebahagiaan Abadi Di Masa Hadapan

Tahun Lepas, Erra Fazira Juga Dilanda Satu Musibah Yang Membabitkan Keluarganya

You may be interested in: