seismik

Eskayvie Labur RM52 Juta Bangunkan Teknologi Sel Stem Berpaten CIGF

Teknologi yang akan digunakan dapat membantu meningkatkan faktor penumbuhan sel baru dan kolagen untuk kesihatan kulit.

Cover image via Eskayvie Malaysia

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Eskayvie Sdn. Bhd menjalinkan kerjasama dengan Cell Tissue Technology Sdn. Bhd. untuk mejalankan penyelidikan bersama dalam bidang kecantikan dan kesihatan kulit menerusi jumlah pelaburan bernilai RM52 juta

Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, ia merupakan kerjasama ulung dalam industri kecantikan itu melibatkan penyelidikan strategik dan menggabungkan pengetahuan saintifik mendalam syarikt mengenai kesihatan holistik serta kepakaran penyelidikan dan pembangunan Cell Tissue Technology untuk membangunkan teknologi sel stem berpaten iaitu Collagen Inducing Growth Factors (CIGF).

“Menerusi teknologi ini, ia dapat membantu meningkatkan faktor penumbuhan sel baru dan kolagen untuk kesihatan kulit serta menggalakkan kesan regenerasi kulit untuk mengatasi kedutan, pigmentasi, jerawat dan jeragat.

“Teknologi ini juga dapat membantu kesan mencerahkan, meningkatkan kelembapan di dalam kulit, perlindungan antioksidan dan kesan anti-penuaan.

“Malah teknologi ini juga mampu memberi kesan pemulihan yang signifikan disebabkan oleh UVB di mana kami komited melabur RM2 juta untuk memulakan penyelidikan bersama dengan rakan penyelidik kami dan memperuntukan sebanyak RM50 juta secara keseluruhannya selama tiga tahun untuk memasarkan teknologi ini bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di pasaran luar negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Eskayvie labur RM52juta melalui teknologi paten CIGF dengan kerjasama Cell Tissue Technology.

Image via Eskayvie Malaysia

Teknologi yang akan digunakan dapat membantu meningkatkan faktor penumbuhan sel baru dan kolagen untuk kesihatan kulit

Mengulas lanjut, Syid Ayob berkata, kerjasama antara Eskayvie dan Cell Tissue Technology menjanjikan inovasi kepada pengguna untuk mengkaji dan menghasilkan penemuaan terbaru mengenai kesihatan kulit.

Sementara itu, Pengarah Urusan, Cell Tissue Technology, Dr Khairul Idzwan Baharin berkata, teknologi yang akan digunakan dapat membantu meningkatkan faktor penumbuhan sel baru dan kolagen untuk kesihatan kulit.

“Kami dapat mengkaji dan menghasilkan penemuaan terbaru mengenai kesihatan kulit sekaligus membantu pengguna menjaga dan mengekalkan kesihatan kulit dengan lebih berkesan.

“Sasaran kami agar pembangunan teknologi CIGF ini memberi manfaatnya dapat disebarkan ke pasaran lebih besar,” katanya.

Jelas beliau lagi, sasaran pihaknya agar pembangunan teknologi berkenaan memberi manfaatnya dapat disebarkan ke pasaran lebih besar.

Kolaborasi penyelidikan strategik antara Eskayvie dan Cell Tissue Technology bakal hasilkan penemuan terbaru mengenai kesihatan kulit yang lebih berkesan.

Image via Eskayvie Malaysia

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: