Orang Sanggup Beratur Panjang Untuk Dapatkan Ayam Goreng 'Cheese' Meleleh Ini. RM2 Je Beb!
Macam tak percaya je, macam mustahil je.
Anda gemar makan ayam? Saya yakin pasti semua orang suka makan ayam bukan? Tambahan lagi ayam goreng! Sedapnya...
Disebabkan ramai suka makan ayam, jadi hari ini kami nak kongsikan dengan anda mengenai bisnes empat pemuda yang menjual ayam goreng bersama sos keju dengan harga RM2 SAHAJA!
Seriuslah RM2?
Gerai Familia Fried Chicken atau dikenali sebagai FFC ni terletak di Jalan 5/72A seksyen 4, Wangsa Maju. Apa yang menariknya di FFC ni seketul ayam goreng hanya dijual dengan harga RM2 saja!
Boleh dikatakan hari-hari fullhouse jugalah gerai mereka ini. Maklumlah, siapa tak nak makan ayam goreng murah kan? Mustahil untuk dapatkan ayam goreng semurah ini. Betul tak?
Beza ayam goreng ni dengan ayam goreng yang lain adalah, ia dihidangkan bersama sos keju yang pastinya sedap hingga menjilat jari. Ayam goreng FFC enak dimakan ketika masih panas setelah digoreng lalu disaluti sos keju yang lazat. Kombinasi yang terbaik bukan? Rasa keju yang meleleh masuk ke dalam mulut pastinya membuatkan anda rasa NAK LAGI!
Waktu beroperasi gerai ini bermula dari jam 1 tengahari hingga 7 malam, Selasa hingga Ahad.
Bukan itu sahaja, Nasi Lemak dan Jagung Kukus (dihidang bersama cornflakes) turut dijual di sini dengan harga RM2 juga!
Senang cerita, semua makanan RM2!
Rata-rata pelanggan yang datang ke sini semuanya berpuas hati dengan keenakan ayam goreng ini dan layanan yang diberikan. Tagline "The People's Choice" nampaknya betul-betul membawa tuah kerana baru beberapa bulan menjalankan perniagaan, FFC telah menjadi bualan ramai.
Kalau anda nak tahu, tulang belakang bagi bisnes Familia Fried Chicken ini terdiri daripada empat sahabat baik sejak dari zaman diploma
Empat pemuda ini sebenarnya merupakan sahabat baik sejak mereka dalam pengajian di UiTM Lendu lagi. Mereka berempat sebenarnya baru sahaja menamatkan pengajian ijazah mereka di UiTM Shah Alam pada pertengahan tahun lepas.
Pada awalnya, mereka tidak menyangka bisnes sampingan mereka ini akan mendapat sambutan hangat daripada orang ramai. Nampaknya, FFC kini mempunyai peminat setia dan pengikutnya yang tersendiri.
Lebih menarik, mereka akan ambil gambar setiap pelanggan yang datang ke gerai mereka untuk dimuatnaik ke dalam laman sosial FFC sebagai tanda penghargaan dan terima kasih selain menjadikan ia sebagai 'marketing element'.
Kalau anda perasan, mereka menggunakan hashtag #RM2je di Instagram mereka. Bagus betul strategi mereka ni kan? Cuba anda explore hashtag #RM2je ini kalau nak tengok rupa ayam keju FFC. Memang meletup!
Usaha mereka ni boleh dijadikan sebagai contoh buat belia di luar sana tu. Sedang-sedang tunggu nak dapat kerja tetap, apa kata try berniaga dulu. Sekarang semuanya boleh make profit kalau anda pandai guna media sosial sebaik-baiknya.
Maklumat lanjut boleh layari:
Facebook Familia Fried Chicken.
Instagram Familia Fried Chicken
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!