seismik

Kenyataan #2Kerja Oleh Ahmad Maslan Jadi Terlampau Viral Sampai Diego Costa Pun Muncul!

Datuk Ahmad Maslan kembali!

Cover image via SAYS

Pada Ahad, 27 Disember 2015, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan mengeluarkan kenyataan mengenai #2Kerja bagi menjana kewangan untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat

Datuk Ahmad Maslan.

Image via greatermalaysia.com

Menurut Ahmad, ia bukan sesuatu yang luar biasa, kebanyakan rakyat di negara-negara utama juga melakukan dua pekerjaan.

Selain memilih untuk makan gaji daripada hasil dua pekerjaan berlainan, seseorang individu juga disyorkan untuk memulakan perniagaan secara kecilan menerusi perniagaan atas talian.

"Saya rasa ia (dua pekerjaan) bukanlah satu kesalahan, (walaupun) Malaysia ada peraturan, ia satu cara bagi menangani kos sara hidup juga. Walaupun kerja waktu pejabat (dari jam 8 pagi ke 5 petang), masih boleh buat online business, asalkan datang kerja dengan tidur yang cukup," kata Ahmad Maslan.

astroawani.com

Bagi menguatkan lagi cadangan itu, beliau mendakwa dirinya sudah pun menggalas 3 pekerjaan berlainan iaitu sebagai Ahli Parlimen, Timbalan Menteri, dan Ketua Penerangan UMNO. #3Kerja

Rakyat Malaysia yang kian dihimpit kos sara hidup tinggi mendapati kenyataan tersebut tidak munasabah dan dianggap pendek akal. Ruangan komen di Facebook terus banjir dengan pelbagai tohmahan.

Netizen juga sempat "menyekolahkan" Datuk Ahmad Maslan tentang perbezaan jawatan dan pekerjaan. Pelawak negara, Harith Iskander turut tidak lepaskan peluang.

I am a comedian, emcee, writer, actor, coach, director. That does NOT mean I have 6 jobs. It means I do 6 different...

Posted by HARITH ISKANDER on Sunday, December 27, 2015

Sejak daripada it juga, muncul pelbagai troll yang dikaitkan dengan #2Kerja di laman sosial.

Mana satu anda punya favourite?

Selepas menerima caci maki tanpa henti, Datuk Ahmad Maslan akhirnya bersuara. Menurut beliau, kenyataan #2Kerja yang dikeluarkannya tempoh hari telah disalah erti dan sengaja diputarbelitkan.

Isu #2kerja disifatkan sudah terlampau melarat dan lari daripada konteks asal seperti yang disyorkan pada awalnya.

"Saya kata kerja sedia ada ditambah perniagaan online. Itu yang cerita asalnya. Sekarang sudah melarat macam-macam," katanya kepada Astro AWANI.

astroawani.com

Sebenarnya, konteks kenyataan tersebut adalah bagi menggalakkan rakyat untuk terlibat dalam online business dan menjadikannya sebagai medium untuk menambahkan pendapatan

Beliau tidak sama sekali menyuruh rakyat untuk melakukan 2 pekerjaan di luar rumah. Cukuplah sekadar mempunyai satu pekerjaan, dan ditambah dengan online business di rumah. Ini konteks sebenar yang cuba beliau sampaikan.

Dalam satu majlis baru-baru ini, Ahmad berkata, kementeriannya mengesyorkan semua agensi kerajaan yang berurusan dengan usahawan mikro, kecil dan sederhana agar memberi fokus kepada perniagaan online

Jelasnya, perniagaan atas talian, pemasaran elektronik atau e-dagang dilihat akan menjadi trend perdagangan masa depan.

Ujarnya lagi, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) juga menyediakan geran tertentu kepada kumpulan usahawan berkenaan.

astroawani.com

Akhir kata dari Ahmad Maslan...

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kesian Ahmad Maslan, tak habis-habis kena bahan:

You may be interested in: