seismik

Maslan 3.85 Extended Version: 'Game' Penawar Stress Terbaru Yang Disukai Ramai

"Bagus untuk hilangkan tekanan," komen seorang pengguna.

Cover image via SAYS.com

Datuk Ahmad Maslan. Satu nama yang sedang melonjak naik dikalangan rakyat Malaysia kerana GST. Selepas dijadikan bahan troll orang ramai, Ahmad Maslan kini dijadikan game pula. Biar betul?

Image via SAYS.com

Ya, benar. Perkenalkan game 'Maslan 3.85 Extended Version'. Permainan ini hanya didapati di Google Play Store untuk peranti Android sahaja.

Image via SAYS.com

Buat pengguna iOS, Windows, Blackberry dan lain-lain, mungkin game ini akan hadir untuk dimuat turun kelak.

Sebelum anda muat turun, apa kata anda baca sedikit penerangan tentang permainan ini. Mana tahu ia mampu menjadikan anda lebih bersemangat untuk bermain. Baca sini:

Image via SAYS.com

Macam mana nak main? Mudah sahaja. Anda sebagai seorang penembak harus menghapuskan Zombi Ahmad Maslan menggunakan senapang yang disediakan. Tembak semua zombi sehingga mati.

Image via SAYS.com

Untuk pengetahuan, perkara yang paling best dalam permainan ini ialah peluru senapang anda tidak akan kehabisan dan tiada had, tidak kiralah berapa banyak kali anda melepaskan tembakan

Image via SAYS.com

Sekiranya anda berjaya menghapuskan Zombi Ahmad Maslan, anda akan dapat LEVEL UP dan dapat meneruskan permainan ke tahap seterusnya, di tempat yang berlainan

Image via SAYS.com

Antara tempat-tempat yang popular adalah Dewan Parlimen, dimana ahli-ahlinya sedang sibuk bersidang...

Image via SAYS.com

... hentian LRT di KL Sentral sementara menunggu kehadiran keretapi...

Image via SAYS.com

... bangunan bersejarah Dewan Bandaraya Ipoh dan lain-lain.

Image via SAYS.com

Berdasarkan review yang diterima, skor 3.7 daripada markah penuh 5 sebenarnya agak memuaskan untuk game sebegini. Boleh tahan kan?

Image via SAYS.com

Dan menerusi ruangan komen di Google Play Store, orang ramai mendapati permainan ini sangat menarik dan rata-rata amat menyukainya. Ada juga yang sangat teruja sehingga mahu memberi 10 bintang.

Image via SAYS.com
Image via SAYS.com
Image via SAYS.com
Image via SAYS.com
Image via SAYS.com

Untuk makluman, sebelum anda menekan butang PLAY GAME, pastikan peranti anda berada dalam mod landscape. Jika tidak, hanya skrin putih yang anda dapat lihat.

Image via SAYS.com

Tak sabar nak main? Apa tunggu lagi. Para pengguna Android sudah boleh mula muat turun game ini di Google Play Store.

Image via SAYS.com

Masih belum muat turun? Klik di sini.

Psst... Ini adalah high score tertinggi yang diperoleh pihak SAYS. Kami pasti anda lebih hebat! Kongsikan markah tertinggi anda kepada kami di ruangan komen di bawah.

Image via SAYS.com

Nak lagi cerita tentang Datuk Ahmad Maslan?

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: